Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perancangan harta mengikut perspektif al-Quran

Nor Muhamad, Nasrul Hisyam and Abdullah, Abdul Hafiz and A. Rashid, Zarina and Nizaludin, Nurul Atikah (2015) Perancangan harta mengikut perspektif al-Quran. In: The 5th Annual International Quranic Conference 2015, 5-6 May, 2015, Kuala Lumpur, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://cqr.um.edu.my/?modul=Events_and_Activities&...

Abstract

Harta merupakan elemen yang penting dalam kehidupan kerana ianya bukan sahaja mempunyai nilai di mata manusia malah ianya turut diiktiraf kedudukannya oleh agama Islam. Kepentingan memiliki dan menjaga harta terdapat dalam Maqasid Syariah sebaris dengan kepentingan menjaga agama, nyawa, akal dan nasab. Setiap orang perlu memiliki harta bagi memastikan kelangsungan hidup di dunia dan memenuhi tuntutan hidup di akhirat. Setiap manusia yang hidup dan memiliki harta apabila sudah meninggal dunia, harta tersebut dikategorikan sebagai harta pusaka yang akan dinikmati oleh ahli waris kepada si mati berdasarkan pembahagian menurut hukum faraid. Di Malaysia apabila berbicara soal harta pusaka, isu yang akan timbul adalah harta pusaka terbeku atau harta pusaka yang tidak dapat diselesaikan. Oleh yang demikian, masyarakat Islam di Malaysia tidak seharusnya memandang ringan tentang pengurusan harta milikannya dan bergantung sepenuhnya dengan hukum faraid semata-mata. Mereka seharusnya tahu bahawa mereka perlu merancang dan membuat pengurusan yang sepatutnya terhadap harta mereka bagi mengelakkan berlakunya ketidakadilan terhadap ahli warisnya. pengurusan dan perancangan harta ini sebenarnya tidak menjadi kesalahan di dalam agama Islam bahkan ianya amat digalakkan. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan membincangkan berkenaan dengan konsep harta dalam Islam, perancangan harta mengikut perspektif al-Quran dan kepentingan dalam membuat perancangan dan pengurusan harta.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:harta pusaka, hukum faraid
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:61819
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:26 Apr 2017 07:00
Last Modified:26 Apr 2017 07:00

Repository Staff Only: item control page