Nor Muhamad, Nasrul Hisyam and Abdullah, Muhibbuddin (2015) Agihan zakat kepada asnaf fisabilillah: satu perbandingan. In: Persidangan Zakat dalam Pembangunan Ekonomi Peringkat Kebangsaan 2015, 1 Jun, 2015, Pahang, Malaysia.
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ump.edu.my/en/calendar/persidangan-zaka...
Abstract
Zakat merupakan salah satu daripada hukum yang ditetapkan Allah kepada umat Islam di muka bumi ini. Ia bukan sekadar suatu yang berlegar dalam lingkungan hukum-hakam syariah semata-mata, tetapi ia juga sebagai suatu mekanisme penting dalam mempengaruhi pembangunan sosial sesebuah masyarakat. Antara peranan zakat itu sendiri adalah sebagai mekanisme yang dapat membantu merapatkan jurang antara kaya dan miskin serta mengukuhkan ekonomi secara menyeluruh dalam sesebuah masyarakat, bertepatan dengan salah satu prinsip dalam ekonomi Islam yang disebutkan al-Quran iaitu ”Supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu sahaja” (Surah al-Hashr, ayat: 7). Oleh itu, Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang cuba mewacanakan topik ini dengan menjemput para sarjana, pengamal dan pelaksana di institusi-institusi berkaitan zakat serta masyarakat awam bagi menyuburkan lagi perbincangan berkenaannya. Diharapkan persidangan ini dapat menjadi titik-tolak ke arah pemerkasaan zakat sebagai pemacu ekonomi ummah terutama sekali pada saat kerajaan sedang berusaha melonjakkan semula ekonomi negara pada era yang serba mencabar ini.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | zakat, mengukuhkan ekonomi |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | Islamic Civilisation |
ID Code: | 61818 |
Deposited By: | Widya Wahid |
Deposited On: | 26 Apr 2017 06:59 |
Last Modified: | 26 Apr 2017 06:59 |
Repository Staff Only: item control page