Marni, Nurazmallail (2014) Sumbangan muhaddithin ashab al-sunan dalam perubatan nabi (Al-Tibb Al-Nabawiyy). In: International Seminar on Islamic Law, Education, & Science Issues, 26 Nov, 2014, Skudai, Johor.
|
PDF
1MB |
Abstract
Kecemerlangan tamadun Islam dan sumbangannya terhadap dunia meliputi pelbagai aspek termasuklah persoalan mengenai perubatan tradisional Islam yang dikenali sebagai perubatan Nabi {al- Tibb al-Nabawiyy}. Hadis lebih dikenali sebagai sumber perundangan kedua selepas al-Quran khasnya dalam aspek hukum dan perundangan. Usaha gigih muhadditihin khasnya ashab al-sunan terserlah dalam bentukkompilasi hadis yangdisusun rapi dengan menggunakan pendekatan bab-bab tertentu termasuk yang berkaitan dengan perubatan. Artikel ini membincangkan tentang sumbangan muhaddithin yang mengkompilasi hadis-hadis dalam kitab al-sunan yang turut merangkumi persoalan berkaitan perubatan Nabi. Metodologi kajian ini berasaskan kajian terhadap bahan-bahan ilmiah khususnya buku dan kajian-kajian yang berkaitan dengan kitab-kitab hadis yang merekodkan hadis-hadis berkaitan dengan perubatan. Fenomena ini mendorong kepada terbinanya satu istilah yang disebut sebagai perubatan Nabi dalam mendokong usaha mengembalikan umat Islam agar kembali merujuk dan berpegang dengan panduan Nabi MuhammadSAW dalam aspek kesihatan dan rawatan penyakit. Diharapkan penulisan ini dapat menonjolkan kecemerlangan tamadun Islam dan sumbangan para ilmuwan Islam khasnya muhadditihin ashab al-sunan dalam memperkenalkan masyarakat sedunia kepada perubatan Nabi yang merupakan warisan penting bagi umat Islam dalam mencapai kesihatan dan kesejahteraan yangholistik di duniadan akhirat.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | muhaddithin, sumbangan |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | Islamic Civilisation |
ID Code: | 61256 |
Deposited By: | Fazli Masari |
Deposited On: | 22 Mar 2017 01:23 |
Last Modified: | 22 Mar 2017 01:23 |
Repository Staff Only: item control page