Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mahasiswa dan penulisan kertas kerja akademik

Jasmi, Kamarul Azmi (2015) Mahasiswa dan penulisan kertas kerja akademik. In: Mahasiswa dan Kehidupan Menurut Perspektif Islam: Pengurusan Efektif untuk Berjaya. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor Bahru, pp. 25-41. ISBN 978-983-52-1041-9.

[img]
Preview
PDF (Cover & Fulltext)
5MB

Abstract

Salah satu perkara penting bagi mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi ialah menghasilkan kertas kerja akademik bagi setiap kursus yang mereka ambil. Penghasilan kertas kerja akademik ini merupakan salah satu elemen penting bagi mahasiswa untuk dibiasakan dan dihasilkan agar setiap pelajar mampu diasah bakat mereka untuk menulis dari awal sesuatu hasil akademik dalam bidang yang mereka ceburi. Menulis kertas kerja akademik tidak semestinya mesti menunggu untuk pembentangan kertas kerja di seminar kebangsaan dan antarabangsa, dan bab dalam buku. Penulisan ini boleh dihasilkan sekalipun pembentangan hanya dilakukan untuk seminar kursus bagi sesuatu fakulti (Page & Brin, 2014). Penghasilan kertas kerja yang berkualiti pada hakikatnya adalah asas kepada penulisan yang lebih tinggi tingkatannya sekiranya para pelajar dibiasakan dengan penulisan akademik yang sebenar. Hal ini kerana menghasilkan kertas kerja akademik tidak sukar untuk mahasiswa sekiranya mereka dibiasakan dengan kaedah penulisan yang betul dalam membuat kertas kerja akademik (Creme, 2008). Masalah yang paling besar bagi para mahasiswa ialah sikap para pensyarah sendiri yang tidak begitu peka untuk membantu para pelajar untuk menulis dan melaksanakan kerja kursus mengikut kaedah penulisan kertas kerja akademik yang betul. Hal ini ditambah lagi dengan sikap mahasiswa yang mengambil mudah dalam penulisan kertas kerja akademik sehingga hanya menghasilkan kertas kerja yang bersifat potong dan tampal (copy and paste) daripada mana-mana sumber tulisan dalam internet untuk dijadikan kertas kerja mereka. Mereka melakukan tugasan kertas kerja tanpa sebarang aktiviti mengarang daripada hasil karangan mereka sendiri. Oleh itu, bab ini cuba mengupas persoalan penghasilan kertas kerja yang bersifat potong dan tampal dari segi aspek etika akademik. Selain itu, bab ini juga memberikan panduan yang berguna untuk menghasilkan satu penghasilan kertas kerja akademik yang sebenar dan berkualiti.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:Education
ID Code:45319
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:29 Apr 2015 01:12
Last Modified:08 Aug 2017 00:52

Repository Staff Only: item control page