Basiran, Nur Amirah and Mohd Saberi, Nur Syazana and Jasmi, Kamarul Azmi (2012) Ajaran dan Kepercayaan Agama Islam. In: Seminar Tamadun 2012 , 21 April 2012, Marbawy Hall, Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia.
PDF
2MB |
Abstract
Islam adalah menyerah diri kepada pencipta-Nya dengan mentauhidkan-Nya dengan penuh keyakinan serta melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya, iaitu amar makruf nahi mungkar. Islam adalah agama yang mudah dan ianya tidak membebankan umat yang menganutinya kerana ia memberi kelonggaran kepada umatnya yang mengalami kesulitan dalam menunaikan ibadah. Agama Islam menekankan umatnya untuk berpegang teguh kepada dua perkara, iaitu rukun Islam dan rukun iman. Rukun Islam merangkumi mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan manakala rukun iman merangkumi enam perkara, iaitu percaya kepada Allah, percaya kepada malaikat, percaya kepada kitab, percaya kepada nabi dan rasul, percaya kepada hari kiamat dan yang terakhir percaya kepada qada' dan qadar.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Islam, rukun islam, rukun iman |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education |
Divisions: | Islamic Civilisation |
ID Code: | 34502 |
Deposited By: | Liza Porijo |
Deposited On: | 20 Jul 2014 02:42 |
Last Modified: | 14 Aug 2017 08:15 |
Repository Staff Only: item control page