Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Akidah dalam kehidupan Muslim: analisis aspek–aspek penyelewengan

Awang, Ramli (2012) Akidah dalam kehidupan Muslim: analisis aspek–aspek penyelewengan. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0855–3

[img]
Preview
PDF
73kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Perbincangan buku ini berkisar di sekitar posisi akidah dalam kehidupan Muslim. Akidah sering kali dianggap oleh sesetengah orang tidak berkait dengan kehidupan nyata. Oleh yang demikian, suasana kehidupan Muslim telah terpisah dengan akidah kepercayaannya. Kehidupannya berada pada satu pihak dan akidah kepercayaannya berada pada satu pihak yang lain. Sedangkan menurut Islam akidah bertindak sebagai teras kepada seluruh gerak laku kehidupan. Untuk menjelaskan hakikat ini aspek-aspek maratib tauhid dan syirik, Quran dan Sunnah sebagai manhaj dalam akidah serta syariat, tatacara berakidah kepada Allah dijelaskan kepada pembaca. Turut diketengahkan ialah faktor yang menyebabkan berlakunya penyimpangan daripada akidah yang benar serta langkah-langkah untuk membendung penyelewengan tersebut daripada terus berlaku. Selain itu, penulis memberikan beberapa contoh ajaran yang menyalahi akidah Islam. Buku ini sesuai untuk bacaan para pelajar, guru, pensyarah, kaum intelektual, dan umat Islam umumnya terutamanya mereka yang ingin mendalami ilmu akidah berasaskan metodologi Quran serta Sunnah.

Item Type:Book
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:30175
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:15 Apr 2013 01:35
Last Modified:02 Feb 2017 03:37

Repository Staff Only: item control page