Haron, Zulkiflee (Penyelenggara) and Awang, Ramli (Penyelenggara) and Ripin, Mohd. Nasir (Penyelenggara) and Muhamad, Siti Norlina (Penyelenggara) and Mohd. Yusof, Farawahida (Penyelenggara) (2011) Tamadun Islam & tamadun asia. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0807–2
|
PDF
26kB |
Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...
Abstract
Buku ini merupakan himpunan hasil penulisan bersama para pensyarah Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia yang terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran TITAS. Buku ini terbahagi kepada lima bab. Bab 1 membincangkan tentang Pengenalan Ilmu Ketamadunan dari segi konsep tamadun; hubungan tamadun dengan agama, budaya, dan bangsa; ciri-ciri asas tamadun; objektif kursus ketamadunan; teori kelahiran, perkembangan, dan keruntuhan tamadun; interaksi antara pelbagai tamadun serta persamaan dan perbezaan antara tamadun. Bab 2 pula menumpukan kepada Tamadun Islam, iaitu dari segi konsep tamadun dalam Islam; sumber; asas dan matlamat Tamadun Islam; pandangan semesta Islam; dan ciri-ciri Tamadun Islam. Selanjutnya, Bab 3 memfokuskan kepada Tamadun Asia yang merangkumi Tamadun Melayu, China, dan India di mana fokus perbincangan adalah berkaitan dengan kelahiran, perkembangan, dan pencapaian serta pengaruh Islam dalam tamadun tersebut. Isu-isu Semasa Ketamadunan yang meliputi hegemoni Barat, globalisasi, Islam dan hak asasi manusia, Islam dan alam sekitar, konsep jihad dalam Islam, dialog peradaban, Islam dan dialog peradaban serta pendekatan dialog dalam 1Malaysia dibincangkan dalam Bab 4. Bab 5 merupakan bab penutup yang membincangkan tentang ilmu Islam tersebar ke Barat dan harapan sinar peradaban Islam.
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | Islamic Civilisation |
ID Code: | 30154 |
Deposited By: | Liza Porijo |
Deposited On: | 15 Apr 2013 02:15 |
Last Modified: | 01 Aug 2017 04:40 |
Repository Staff Only: item control page