Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Dasar akidah Muslim

Jasmi, Kamarul Azmi and Tamuri, Ab. Halim (2011) Dasar akidah Muslim. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0774–7

[img]
Preview
PDF
77kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Dasar Akidah Muslim mengupas secara tuntas tentang teras akidah yang menjadi tunggak kehidupan sebagai seorang muslim. Hal ini adalah berdasarkan bahawa akidah Islam merupakan pandangan semesta yang menjadi cerminan kepada nilai kehidupan seorang muslim keseluruhan. Apabila prinsip akidah tulus dan murni ini dapat diterjemahkan dalam ikatan kepercayaan seseorang muslim, maka terungkaplah dalam diri mereka sebuah keindahan abadi diri yang disulami dengan syariat yang indah dan akhlak yang mengagumkan. Justeru itu, penulis cuba mengupas secara tuntas pengenalan akidah Islam yang memperincikan juga kalimah syahadah sebagai dasar kalimah iman. Tiga tiang utama akidah, iaitu Uluhiyyah – perbincangan tentang ketuhanan; Nubuwwah – perbincangan tentang kenabian; dan Sam’yyat – perbicaraan tentang pengkhabaran akhirat juga diulas dengan teliti, padat, serta ringkas bagi setiap ranting utama dan cabang–cabangnya. Akhir sekali, pemantapan iman dan akidah melalui usaha meningkatkannya serta usaha membebaskan diri daripada unsur–unsur kerosakan akidah, amalan khurafat, dan amalan bidaah juga diperhalusi dengan harapan agar akidah mampan mampu digapai oleh seluruh umat Islam di Malaysia.

Item Type:Book
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:30148
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:15 Apr 2013 02:15
Last Modified:02 Feb 2017 06:06

Repository Staff Only: item control page