Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penyelewengan ajaran Qadiani

Mohd. Yusof, Farawahida and Ibrahim, Siti Ramlah (2008) Penyelewengan ajaran Qadiani. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0479–1

[img]
Preview
PDF
50kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Ajaran Qadiani banyak disandarkan kepada dakwaan palsu yang dibuat oleh pengasasnya Mirza Ghulam Ahmad. Semua dakwaan Mirza nyata menyalahi metodologi ilmu Islam. Ulama-ulama Islam telah menyelar Mirza dengan fatwa ajaran ini terkeluar dari akidah Islamiah dan para pengikutnya merupakan mereka yang telah terpesong dari Islam. Di Malaysia, Qadiani dikenali sebagai Jemaat Ahmadiyah Malaysia yang berpusat di Baitussalam, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor. Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah menfatwakan ajaran yang dibawa oleh Jemaat Ahmadiyah ini terkeluar daripada akidah Islam, namun Jemaat ini masih lagi aktif. Ini kerana Jemaat Ahmadiyah berpendapat, mereka bebas menjalankan aktiviti keagamaan mereka sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan negara. Dengan mengetengahkan sejarah kelahiran, perkembangan, faktor penerimaan masyarakat, doktrin pegangan Jemaat Ahmadiyah serta pandangan Islam terhadapnya, maka diharapkan buku ini dapat dijadikan panduan oleh masyarakat, dan sekaligus mampu menjawab persoalan berkaitan dengan ajaran Jemaat Ahmadiyah yang diajukan oleh masyarakat awam.

Item Type:Book
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:30061
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:10 Apr 2013 06:15
Last Modified:05 Feb 2017 04:43

Repository Staff Only: item control page