Jasmi, Kamarul Azmi (2006) Pendekatan pengajaran dan pembelajaran wuduk Rasulullah S.A.W. dan para sahabat: satu pemerhatian kepada Guru-Guru Pendidikan Islam. In: Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-5, 29 April 2006, Hotel Vistana, Pulau Pinang.
PDF (Fulltext)
- Submitted Version
176kB |
Abstract
Berdasarkan perbincangan wuduk dengan dalil-dalil hadis Rasulullah s.a.w. dalam bab-bab yang lalu, terdapat begitu banyak falsafah wuduk yang boleh diambil iktibar bagi umat Islam. Semua falsafah ini saling berkait yang menjadi asas dan sandaran kepada matlamat kesempurnaan wuduk. Falsafah wuduk ini sangat penting bagi umat Islam yang terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran wuduk agar tidak lari daripada matlamat asal pengajaran wuduk yang dikehendaki dalam Islam. Selain falsafah, terdapat juga metodologi pengajaran dan pembelajaran yang ditunjukkan dalam hadis-hadis wuduk tersebut yang secara tidak langsung digunakan dalam proses menurunkan ilmu wuduk antara Rasulullah s.a.w. dengan para sahabat dan antara sahabat Rasulullah s.a.w. dengan tabiin. Segala metodologi ini merupakan metodologi yang penting untuk dipraktikkan oleh pengamal Pendidikan Islam terutamanya untuk mencapai tahap maksimum cara mengamalkan wuduk yang sempurna. Justeru, dalam bab ini penulis akan membincangkan secara khusus falsafah wuduk dan metodologi pengajaran dan pembelajarannya. Perbincangan ini akan mengaitkan kembali penggunaan hadis-hadis dan ayat al-Quran dalam bab-bab yang lalu.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Islamic education |
Subjects: | Unspecified |
Divisions: | Education |
ID Code: | 25263 |
Deposited By: | Liza Porijo |
Deposited On: | 14 May 2012 06:49 |
Last Modified: | 11 Oct 2017 07:00 |
Repository Staff Only: item control page