Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pendidik kreatif sebagai teras transformasi literasi kreatif di Malaysia

Abd. Hamid, Mohd. Azhar and Hassan, Zainudin and Khalid, Esa and Abu Kassim, Othman (2003) Pendidik kreatif sebagai teras transformasi literasi kreatif di Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-21 October 2003, Hotel Puteri Pan Pacific, Johor Bahru. (Unpublished)

[img] PDF
325kB

Abstract

Kreativiti merupakan mauduk dan agenda penting dalam mana-mana orientasi pendidikan di dunia. Institusi pendidikan merupakan tempat terpenting untuk menyuburkan bakat dan kebolehan kreatif pelajar. Hal ini diakui oleh pakar-pakar sains pemikiran kreatif seperti Amabile (1992), Swartz (1989), Buzan (2002), de Bono (1971), Leong (1998) dan ramai yang lain. Amabile (1992) misalnya menyifatkan institusi sekolah merupakan tempat paling penting untuk memupuk alam kreativiti di kalangan kanak-kanak, khususnya dalam konteks prasekolah. Selanjutnya, Cropley (2001), menegaskan bahawa universiti adalah persekitaran yang amat signifikan bagi merealisasikan bakat dan kemahiran kreativiti mahasiswa. Namun begitu, menurut de Bono (19700, tanpa prime mover (dibaca sebagai pendidik) yang menggerakkan persekitaran yang kondusif untuk berkreativiti maka sukar untuk para pelajar untuk berkreasi dengan selesa dan selamat. Sungguhpun begitu, prime mover yang dimaksudkan oleh de Bono itu ialah pendidik yang dibekali dengan pengetahuan dan kemahiran kreativiti. Pendidik yang tidak memiliki kemahiran dan pengetahuan kreativiti sukar untuk merealisasikan suasana, ruang dan pengalaman kreatif dalam pengajaran dan pembelajarannya. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan menghuraikan konsep asas apa yang dimaksudkan sebagai pendidik kreatif. Selanjutnya, kertas kerja ini akan memperjelaskan bagaimana pendidik kreatif ini mampu membawa perubahan ke arah memupuk satu suasana kreativiti dalam pengajaran dan pembelajarannya. Selain itu, kertas kerja ini turut menghuraikan apa yang dikatakan sebagai konsep literasi kreatif dan bagaimana dinamisme literasi kreatif boleh dicapai di Malaysia. Selain itu, kertas kerja ini akan memberikan justifikasi mengapa perlunya literasi kreatif ini diberi perhatian oleh pelbagai pihak khususnya dalam sistem pendidikan Malaysia dan akhirnya apakah kesan literasi kreatif terhadap pembangunan dan masa depan negara dalam dunia globalisasi ini.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pendidik Kreatif, Literasi Kreatif
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2286
Deposited By: Zainudin Hassan
Deposited On:06 Apr 2007 04:14
Last Modified:30 Aug 2017 03:27

Repository Staff Only: item control page