Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap keterampilan emosi guru-guru pelatih Opsyen Kemahiran Hidup Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia di dua buah maktab Negeri Johor

Subari, Kamalularifin and Saud, Muhammad Sukri and Ahmad, Adnan and Jemali, Mohd. Ali (2006) Tahap keterampilan emosi guru-guru pelatih Opsyen Kemahiran Hidup Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia di dua buah maktab Negeri Johor. In: Seminar TVE06, 09-10 December 2006, Hotel Sofitel Palm Resort, Senai Johor. (Unpublished)

[img] PDF
324kB

Abstract

Keterampilan emosi aadalah kemahiran dan kebolehan menguruskan perasaan terhadap diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Keterampilan emosi yang tinggi dapat membentuk individu yang berjaya dan cemerlang dalam hubungan interpersonal dan intrapersonal, manakala yang kurang keterampilan emosinya akan menjadi sebaliknya. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji keterampilan guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) di dua buah Maktab perguruan di Johor. Sampel kajian adalah seramai 183 orang guru pelatih KPLI dan KDPM opsyen KH. Penyelidik menggunakan Model Keterampilan Emosi Daniel Goleman yang terdiri daripada empat bahagian iaitu kesedaran diri, pengurusan diri, kesedaran social dan kemahiran sosial. Data dikumpulkan melalui soal selidik yang telah diterjemahkan daripada Emotional Competence Inventory (Boyatzis, Goleman dan Rhee, 1999). Hasil kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa tahap keterampilan emosi guru pelatih KPLI dan KDPM dalam aspek kesedaran diri, pengurusan diri, kesedaran sosial dan kemahiran sosial adalah rendah, manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran sosial dengan jantina dan tiada perbezaan signifikan antara jantina dengan aspek yang lain.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Tahap Keterampilan Emosi
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2272
Deposited By: Zainudin Hassan
Deposited On:06 Apr 2007 03:30
Last Modified:20 Jun 2017 07:52

Repository Staff Only: item control page