Othman, Nooraini (2009) Keseimbangan personaliti dan akademik sebagai teras pembangunan modal insan. Jurnal HEP & ALUMNI, UiTM 1/2009, 1 (1).
|
PDF
- Published Version
194kB |
Abstract
Islam menggesa umatnya agar berakhlak dengan akhlak yang baik. Islam juga telah menggariskan beberapa prinsip yang dapat menjadi pedoman kepada umat Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah sebagai model terbaik. Personaliti Islami merupakan asas kepada perkembangan tamadun Islam. Ia terbina daripada modal insan yang baik yang dapat menyempurnakan tugas membangun tamadun yang selari dengan hukum Islam. Isu yang terkini merupakan pencarian terhadap cara dan kaedah bagaimana sesebuah negara dapat menghasilkan masyarakat yang memiliki kesedaran yang mendalam terhadap agamanya, perasaan tanggungjawab untuk mencapai paras tertinggi dari aspek etika dan nilai moral dan dalam masa yang sama bersikap dinamik dan berdedikasi terhadap kemajuan. Dimensi rohaniah manusia yang sering diabaikan oleh kebanyakan ahli psikologi barat perlu dikembalikan ke tempat asalnya agar manusia berupaya untuk mencapai perkembangan personaliti yang seimbang dan holistik. Hasil kajian penulis mendapati bahawa di antara dimensi-dimensi penting yang menjadi tunjang kepada pembentukan personaliti manusia dari perspektif Islam adalah Ibadah, Amanah dan Ilm. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan tentang pentingnya keseimbangan yang wujud antara personaliti dan pencapaian akademik pelajar sebagai teras pembangunan modal insan. Katakunci: personaliti; akademik; modal insan
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 17876 |
Deposited By: | Dr. Nooraini Bt Othman |
Deposited On: | 25 Nov 2011 08:52 |
Last Modified: | 25 Nov 2011 08:52 |
Repository Staff Only: item control page