Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Beberapa aspek falsafah sains matematik Islam : suatu analisis konsep

Khalid, Esa and Abd. Hamid, Mohd. Azhar (2008) Beberapa aspek falsafah sains matematik Islam : suatu analisis konsep. In: Pengajian Umum dan Kemahiran Generik. Penerbit UTM , Johor, pp. 91-104. ISBN 978-983-52-0690-0

Full text not available from this repository.

Abstract

Sehingga kini falsafah matematik telah diutarakan oleh para sarjana Barat termasuk golongan Intuisisme, Mantikisme, Formalisme dan sebagainya seperti Fibonacci, Nicholas Cusa, Girolamo Cardano, Francois Viete, Nicolaus Copernicus dan lain-lain. Namun, falsafah mereka bergantung kepada teori atau ramalan dan amalan yang berpusat kepada alam nyata secara objektif, dan tidak dipengaruhi oleh sebarang nilai. Hal ini, dari segi kenyataannya dalam matematik Islam adalah berbeza, kerana falsafah matematik Islam telah terkandung di dalamnya segala bentuk aspek matematik berasaskan unsur spiritual dan material dengan mengikut prinsip akidah dan syariah. Dalam kertas kerja ini, akan dijelaskan hanya beberapa aspek falsafah sains matematik Islam yang dilihat dari segi konsepnya sahaja. Selain itu, sedikit penjelasan tentang falsafah matematik Barat akan dimuatkan juga di dalam kertas kerja ini sebagai perbandingan yang dapat membezakan antara falsafah matematik Islam dan Barat.

Item Type:Book Section
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Q Science > QA Mathematics
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:17020
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:30 Nov 2011 02:37
Last Modified:05 Feb 2017 01:10

Repository Staff Only: item control page