Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penyelakuan Reka Bentuk Antena Tampal Segi Tiga Sama Suapan Sisi Beserta Segmen Gangguan Untuk Penerimaan Gps

Esa, Mazlina and Ab. Rashid, Muhadzir (2002) Penyelakuan Reka Bentuk Antena Tampal Segi Tiga Sama Suapan Sisi Beserta Segmen Gangguan Untuk Penerimaan Gps. Jurnal Teknologi D (37D). pp. 59-66. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/37/D/JT37...

Abstract

Struktur mikrojalur adalah antara struktur antena bagi penerimaan isyarat Sistem Penentududukan Global (Global Positioning System, GPS) 1.57542 GHz. Antara fokus penyelidikan masa kini adalah reka bentuk antena bersaiz kecil. Kertas kerja ini membentangkan reka bentuk dan penyelakuan elektromagnet antena tampal mikrojalur suapan tunggal segi tiga sisi sama pada frekuensi kendalian 1.57542 GHz. Teknik suapan yang digunakan adalah suapan sisi mikrojalur. Penyelakuan juga dilakukan bagi struktur dengan segmen gangguan yang melibatkan satu dan dua bukaan pada sisi antena. Prestasi bagi ketiga-tiga struktur ini dibandingkan. Antena dengan bukaan berkendali pada frekuensi lebih rendah, sekaligus mengurangkan saiz struktur. Dua kendalian wujud bila dua bukaan dikenakan terhadap struktur antena. Taburan ketumpatan arus melintangi antena adalah rupa sinus setengah gelombang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:antena segi tiga sisi sama, penyelakuan, gangguan, bukaan
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions:Electrical Engineering
ID Code:1431
Deposited By: Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:06 Mar 2007 03:00
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page