Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan laman web matematik KBSM Bagi tajuk set menggunakan elemen multimedia ringkas

Abdullah, Zaleha and Habas, Norhidayah (2011) Pembangunan laman web matematik KBSM Bagi tajuk set menggunakan elemen multimedia ringkas. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
103kB

Abstract

Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk membina laman web bagi tajuk set dalam mata pelajaran Matematik Tingkatan Empat KBSM mengikut huraian sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan menggunakan elemen multimedia ringkas. Pelajar Tingkatan Empat dijadikan sebagai kumpulan sasaran selain para guru yang mengajar tajuk ini. Laman web ini dibina dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ia bertujuan untuk dijadikan sebagai rujukan sampingan selain buku teks dan sebagai tutorial yang berkesan untuk pembelajaran kendiri yang selari dengan bahasa penyampaian di sekolah. Proses reka bentuk pengajaran dan pembangunan bagi laman web ini dibina berlandaskan Model Reka bentuk Instruksi Bersistem oleh Hannafin dan Peck. Macromedia Dreamweaver 8 digunakan dalam pembangunan laman web dan disokong oleh beberapa perisian suntingan multimedia yang lain. Diharapkan agar laman web ini dapat membantu pengguna dalam memahami dan menguasai tajuk set.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:laman web, set, elemen multimedia
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11979
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Feb 2011 02:19
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page