Abdullah , Abdul Hafiz and Hamsur, Nor Hidayah (2010) Metode Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Kelas Pengajian Al-Qur’an Di Kalangan Saudara Baru Di Bawah Kelolaan JAJ. Metode Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Kelas Pengajian Al-Qur’an Di Kalangan Saudara Baru Di Bawah Kelolaan JAJ . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
166kB |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kelas pengajian al-Qur’an di kalangan Saudara Baru. Selain itu, untuk mengetahui faktor yang mendorong Saudara Baru mempelajari al-Qur’an serta mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh Saudara Baru dalam mempelajari al-Qur’an. Sampel kajian adalah Saudara Baru yang menghadiri kelas pengajian al-Qur’an. Populasi kajian adalah seramai 82 orang. Pemilihan sample adalah dilakukan berdasarkan seluruh populasi. Kajian yang dibuat berdasarkan pemerhatian, temu bual dan instrument soal selidik. Set soal selidik mengandungi 36 item soalan telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.0 for Windows. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah ?= 0.933. Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kelas pengajian al-Qur’an di kalangan Saudara Baru adalah berada pada tahap tinggi dengan nilai min 4.12. Faktor-kaktor yang mendorong Saudara Baru mempelajari al- Qur’an berada pada tahap tinggi juga iaitu nilai min sebanyak 4.25. Manakala masalahmasalah yang dihadapi oleh Saudara Baru dalam mempelajari al-Qur’an berada pada tahap min sederhana iaitu 2.59. Di akhir kajian ini penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan sebagai panduan dan rujukan kepada pihak yang terlibat seperti kepada Saudara Baru, guru-guru dan pihak Jabatan Agama Johor (JAJ).
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-Quran, saudara baru, kelolaan JAJ |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11512 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 17 Dec 2010 04:45 |
Last Modified: | 17 Dec 2010 04:45 |
Repository Staff Only: item control page