Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka.

Md Johan, Othman and Mohamad Roslan, Norazmah (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. . pp. 1-13. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
63kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh yang terletak di negeri Melaka. Seramai 86 orang pelajar dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi responden dan Bahagian B mengenai respon responden terhadap aspek persoalan kajian. Terdapat empat persoalan kajian yang diutarakan dalam kajian ini iaitu faktor diri sendiri, latar belakang keluarga, pengaruh rakan sebaya dan permasalahan persekitaran sekolah. Darjah kebolehpercayaan (alfa cronbach) bagi setiap persoalan kajian adalah 0.8536 bagi aspek faktor diri sendiri, 0.7967 bagi aspek latar belakang keluarga, 0.7488 bagi aspek pengaruh rakan sebaya dan 0.6835 bagi aspek permasalahan persekitaran sekolah. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science, Version 11.5) dan dinyatakan dalam bentuk kekerapan serta peratusan. Dapatan kajian menunjukkan faktor diri sendiri paling mempengaruhi responden terlibat dalam masalah sosial berbanding pengaruh rakan sebaya dan pemasalahan persekitaran sekolah. Walau bagaimanapun, analisis mendapati latar keluarga bukan faktor penting responden terlibat dalam masalah sosial. Akhir sekali, beberapa implikasi kajian terhadap faktor penglibatan remaja didalam masalah sosial dicadangkan dan beberapa cadangan untuk kajian lanjutan juga turut dikemukakan. Katakunci: masalah sosial, remaja

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:masalah sosial, remaja
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11244
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Dec 2010 10:27
Last Modified:06 Dec 2010 10:27

Repository Staff Only: item control page