Abu Bakar, Zainudin and Buang, Ismail (2007) Gemilang 7 : suatu kegagalan atau kejayaan dari sudut proses pengurusan strategik? Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 12 . pp. 83-90. ISSN 1394-1801
|
PDF
- Published Version
357kB |
Abstract
Pendidikan merupakan suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang seimbang daripada segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sahsiah. Justru dalam proses pendidikan khususnya pengajaran pembelajaran, penggemblingan tenaga kearah pencapaian matlamat pendidikan perlu sekata. Jurang perbezaan daripada segi peluang dan kemudahan yang dapat diberikan perlulah seimbang dan adil. Tanpa mengira di mana pelajar tersebut bersekolah sama ada di bandar atau di luar bandar, mereka berhak mendapat perkhidmatan dan peluang yang sama. Kertas kerja ini meninjau keberkesanan program Gemilang 7 (G7) yang telah dijalankan di daerah Segamat. Program 07 merupakan usaha penggemblingan sumber pendidikan seperti kemudahan asas, sumber manusia, buku-buku, rujukan, dan lain-lain kemudahan daripada 7 buah sekolah yang telah dikategorikan sebagai sekolah kurang murid. Empat aspek utama yang menjadi fokus kajian ini adalah tahap kemudahan fizikal, tahap sumber manusia, tahap peralatan dan bahan, dan tahap kemudahan buku-buku dan bahan rujukan. Selain daripada itu komen-komen tentang permasalahan yang dihadapi juga telah diperolehi. Melalui program G7 ini ketujuh-tujuh buah sekolah telah melakukan perkongsian kemudahan dan sumber-sumber tersebut untuk memudahkan proses prngajaran pembelajaran dilakukan. Responden kajian adalah seramai 7 orang adalah merupakan guru besar di tujuh buah sekolah yang dikaji. Data-data telah dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan yang dikumpul dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan peratus persetujuan responden. Hasil kajian mendapati tahap kemudahan fizikal bagi tiap-tiap sekolah yang terlibat adalah berada pada tahap yang sederhana (51.7%). Manakala aspek sumber manusia, peralatan dan buku-buku rujukan berada pada tahap rendah (masing-masing 21.7%, 38.33%, dan 36.7%). Komen daripada responden pula menjelaskan bahawa perkongsian yang dilakukan (G7) sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kekurangan yang dialami oleh sekolah-sekolah mereka yang dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM). Beberapa kesimpulan dan cadangan ada juga dikemukakan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | pendidikan, program Gemilang 7 (G7), penggemblingan sumber |
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10447 |
Deposited By: | Zalinda Shuratman |
Deposited On: | 05 Oct 2010 01:44 |
Last Modified: | 01 Nov 2017 04:17 |
Repository Staff Only: item control page