Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Taksonomi gaya pembelajaran dan tingkat motivasi pelajar dewasa (PKPGB) di institusi pengajian tinggi awam Malaysia

Hamdan, Abdul Rahim and Abdul Ghaffar, Mohamad Najib (2007) Taksonomi gaya pembelajaran dan tingkat motivasi pelajar dewasa (PKPGB) di institusi pengajian tinggi awam Malaysia. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 12 . pp. 1-14. ISSN 1394-1801

[img]
Preview
PDF - Published Version
474kB

Abstract

Tujuan kajian adalah untuk menentukan taksonomi gaya pembelajaran pelajar, dan motivasi belajar pelajar dewasa. Sampel kajian terdiri daripada 321 orang pelajar tahun dua Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPGB) yang dipilih secara rawak bertujuan dari tujuh buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Kajian juga bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan amalan gaya pembelajaran pelajar dan motivasi belajar. Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini menggunakan soal-selidik untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Perbandingan nilai min dan Ujian Anova digunakan sebagai asas dapatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa taksonomi pembelajaran dalaman adalah dalaman aras pertengahan (min, 3.00) dan taksonomi pembelajaran luaran adalah luaran aras pertengahan (min, 3.15). Taksonomi motivasi belajar intrinsik adalah intrinsik aras rendah (min, 2.11) dan taksonomi motivasi belajar ekstrinsik pada ekstrinsik aras pertengahan (min, 3.82). Daripada segi pencapaian pelajar didapati secara keseluruhannya pelajar PKPGB berada pada tahap pencapaian sederhana iaitu pada min CGPA 3.38. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (u=O.OO I) motivasi ekstrinsik dikalangan pelajar PKPGB berdasarkan universiti, manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pembelajaan dalaman, pembelajaran luaran dan motivasi intrinsik. Ini menunjukkan bahawa pelajar dewasa belajar adalah atas faktor-faktor tertentu seperti pengiktirafan dan pensijiJan. Pelbagai inisiatif perlu dilaksanakan agar mereka ini dapat menggunakan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi semasa belajar untuk peningkatan kompetensi kerjaya mereka.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:taksonomi gaya pembelajaran, motivasi, IPTA, taksonomi pembelajaran dalaman, taksonomi pembelajaran luaran, taksonomi motivasi intrinsik, taksonomi motivasi ekstrinsik
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:Education
ID Code:10409
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:05 Oct 2010 01:56
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page