Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Implikasi ketidakpatuhan pihak berkuasa tempatan terhadap kelulusan kebenaran merancang dalam konteks memulakan kerja binaan

Bujang, Nurazhani (2022) Implikasi ketidakpatuhan pihak berkuasa tempatan terhadap kelulusan kebenaran merancang dalam konteks memulakan kerja binaan. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.

[img]
Preview
PDF
438kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Kebenaran merancang merupakan kebenaran yang diberi oleh PBPT bagi memulakan pemajuan atau pembangunan di Semenanjung Malaysia. Notis Mula Kerja Binaan hendaklah dikemukakan kepada PBT sebagai penentu kepada tarikh sesuatu pemajuan dimulakan secara rasmi dan telah mematuhi ke semua aspek perundangan. Objektif kajian yang pertama adalah untuk mengenalpasti peruntukan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan kebenaran merancang dan Notifikasi Mula Kerja Binaan. Objektif kajian yang kedua adalah mengkaji ketidakpatuhan pihak berkuasa tempatan dalam proses dan prosedur kebenaran merancang dan Notifikasi Mula Kerja Binaan beserta punca dan implikasinya. Kajian ini dijalankan melalui tiga (3) kajian kes di MBJB iaitu permohonan pelan pemajuan yang mempunyai isu dan masalah semasa hendak mengemukakan Notis Mula Kerja Binaan dan temubual bersama dua belas (12) orang responden. Hasil kajian mendapati ketidakpatuhan PBT berlaku apabila PBT membenarkan sesuatu perkara berlaku tidak mengikut perundangan dan peraturan sedia ada sama ada atas rayuan pemilik projek, PSP, SP atau atas kelalaian PBT sendiri. Terdapat sembilan (9) ketidakpatuhan berlaku berkaitan dengan kelulusan kebenaran merancang semasa pengemukaan Notifikasi Mula Kerja Binaan yang berpunca daripada arahan dari pihak atasan, bertindak berdasarkan keputusan mesyuarat, hak jabatan untuk memberi pengecualian dan tidak mengetahui ia adalah satu ketidakpatuhan. Ketidakpatuhan yang berlaku ini menimbulkan empat (4) implikasi terhadap PBT iaitu pelanggaran peruntukan Akta 172, Akta 133 dan UKBS, mengikat PBT dengan Doktrin Legitimate Expectation, kehilangan hasil PBT dan mencalar imej dan integriti PBT. Oleh yang demikian, semua tindakan PBT hendaklah berpaksikan undang-undang dengan mematuhi proses dan prosedur yang telah ditetapkan untuk memastikan prinsip Rule of Law dapat diterjemahkan dalam sistem penyampaian perkhimatan kerajaan.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Notis Mula Kerja Binaan, ketidakpatuhan, PBT
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions:Built Environment
ID Code:99705
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:19 Mar 2023 09:40
Last Modified:19 Mar 2023 09:40

Repository Staff Only: item control page