Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan program Ekopelancongan Kawan Iskandar Malaysia kepada masyarakat pesisir di Wilayah Iskandar Malaysia

Said, Mohd. Zulhafiz and Komoo, Ibrahim and Mohamad, Edy Tonnizam (2022) Keberkesanan program Ekopelancongan Kawan Iskandar Malaysia kepada masyarakat pesisir di Wilayah Iskandar Malaysia. Journal of Sustainability Science and Management, 17 (1). pp. 221-235. ISSN 1823-8556

[img]
Preview
PDF
686kB

Official URL: https://jssm.umt.edu.my/?page_id=4386

Abstract

Akibat pembangunan pesat, masyarakat pesisir terutamanya di Wilayah Iskandar Malaysia (WIM) berdepan dengan masalah pembangunan yang pesat, pencemaran alam sekitar dan integriti ekosistem sehingga menjejaskan pendapatan mereka, khususnya nelayan. Rentetan itu, Kerajaan Negeri Johor, melalui Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah melaksanakan sebuah program iaitu Kawan Iskandar Malaysia (KIM) bagi membantu ekonomi penduduk melalui pembangunan koperasi. Komuniti di kawasan pesisir juga diberi peluang menyertai program ini melalui projek ekopelancongan. Bagi menilai keberkesanannya, lima buah kampung telah dipilih dan dikelaskan kepada tiga kategori. Kategori pertama merupakan peserta KIM, nelayan dan menjalankan aktiviti ekopelancongan melibatkan Kampung Sungai Melayu, Kongkong Laut dan Permas Besar. Kampung Permas Besar terletak di pinggir Wilayah Iskandar. Kategori kedua adalah peserta KIM dan menjalankan aktiviti ekopelancongan tetapi bukan dalam kalangan nelayan iaitu Kampung Ulu Pulai. Kategori ketiga adalah bukan peserta KIM tetapi nelayan dan menjalankan aktiviti ekopelancongan melibatkan Kampung Perpat Timbul. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu survei kepada penduduk tempatan di kawasan kajian. Dapatan kajian menunjukkan program KIM melalui koperasi adalah satu pendekatan terbaik untuk membangun ekonomi penduduk setempat. Walaubagaimanpun, masalah seperti pengurusan dan pentadbiran, fahaman politik dan kronisme perlu diberi perhatian dan ditambah baik untuk kesejahteraan bersama.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pembangunan Lestari Wilayah, Kawan Iskandar Malaysia, Masyarakat Pesisir, Ekopelancongan
Subjects:T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions:Civil Engineering
ID Code:99018
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:22 Feb 2023 04:29
Last Modified:22 Feb 2023 04:29

Repository Staff Only: item control page