Elias, Zety Azlin and Saari, Zilal (2021) Konsep kebahgaiaan guru cemerlang wanita dalam mendepani cabaran kerjaya masa kini menurut perspektif Islam. Jurnal ‘Ulwan, 6 (2). pp. 287-301. ISSN 2504-8511
|
PDF
584kB |
Official URL: https://kuim.edu.my/journal/index.php/JULWAN/artic...
Abstract
Kebahagiaan merupakan dambaan hidup setiap manusia, namun ia dinilai mengikut kepada persepsi masing-masing berdasarkan latar belakang kehidupan mereka atau keinginan mereka sendiri meliputi keriangan hati, kesenangan, kebanggaan hati dan kegembiraan. Manakala kebahagiaan (al-Saadah) menurut Islam pula ialah kehidupan yang baik, merasa puas, dan kedamaian, hidup yang positif. Kajian ini dijalankan ke atas Guru Cemerlang wanita mengenai bagaimana mereka mendepani cabaran kerjaya yang dijalankan pada masa kini dan kesahan data akan dijalankan dengan triangulasi data yang diperolehi dari peserta kajian, ketua jabatan dan rakan sejawatnya. Kerangka konseptual yang digunakan dalam kajian ini adalah Konsep Kebahagiaan al-Ghazali (1991) dan Teori Subjective Well Being Diener (2009) bagi menghasilkan indikator kebahagiaan untuk dijadikan panduan. Demografi guru yang akan dikaji adalah mengikut kesesuaian kajian bagi mendapatkan data yang berkaitan. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat memberi indikator kepada guru cemerlang wanita serta wanita yang lain untuk mendepani cabaran kerjaya dan kehidupan masa kini menurut perspektif Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kebahagiaan, guru cemerlang, wanita, kerjaya, indikator |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | Islamic Civilisation |
ID Code: | 98360 |
Deposited By: | Yanti Mohd Shah |
Deposited On: | 08 Dec 2022 06:52 |
Last Modified: | 08 Dec 2022 06:52 |
Repository Staff Only: item control page