Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian rintis kesan-kesan perintah kawalan pergerakan coronavirus 2019 (COVID-19) pada wanita Islam

Mohd. Arof, Khairul Zahreen and Ghazali, Mohd. Al’ikhsan and Awang, Mohd. Daud and Abd. Rashid, Mohd. Hambali and Abdul Razak, Nadeera (2021) Kajian rintis kesan-kesan perintah kawalan pergerakan coronavirus 2019 (COVID-19) pada wanita Islam. Jurnal ‘Ulwan, 6 (2). pp. 36-49. ISSN 2504-8511

[img]
Preview
PDF
586kB

Official URL: https://kuim.edu.my/journal/index.php/JULWAN/artic...

Abstract

Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai darurat kesihatan dan wabak global pada 11 Mac 2020. Beberapa negara telah menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan bagi mengawal penyebaran COVID-19. Malangnya, penguatkuasaan ini memberi kesan kepada kebanyakan industri secara keseluruhannya serta kehidupan masyarakat umum terutama dari aspek rohani, fizikal, emosi, kewangan dan juga intelektual. Artikel ini cuba untuk mengkaji kesan-kesan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan COVID-19 terhadap kehidupan manusia yang mana meliputi aspek rohani, fizikal, emosi, intelektual dan kewangan secara terperinci dengan pengkhususan kepada wanita Islam dari beberapa negara beberapa negara terpilih. Borang soal selidik dihasilkan berdasarkan tinjauan literatur yang sistematik dan 30 orang responden telah berjaya dikumpulkan dari setiap negara yang dipilih sebagai kajian rintis. Borang soal selidik yang digunakan, telah dibangunkan melalui proses tinjauan literatur sistematik pada kajian-kajian yang seumpama dengan skop kajian ini. Seramai 30 orang responden dari kalangan wanita Islam yang telah dipilih mewakili negara Malaysia, Kenya, Arab Saudi, Mesir dan Oman. Hasil kajian menunjukkan wanita Islam di Malaysia, Kenya, Arab Saudi, Mesir dan Oman terkesan secara positif dari aspek rohani, fizikal dan intelektual berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Namun demikian, wanita Islam di Kenya pula tidak menunjukkan sebarang impak dari segi aspek rohani. Bagi aspek lain, terutamanya fizikal, emosi dan kewangan; kajian menunjukkan tren yang sangat berbeza bagi kelima-lima negara berkemungkinan disebabkan oleh faktor budaya setempat.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:wabak COVID-19, kajian perbandingan, perintah kawalan pergerakan COVID-19, dunia wanita Islam
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management
ID Code:98352
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:08 Dec 2022 06:46
Last Modified:08 Dec 2022 06:46

Repository Staff Only: item control page