Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan kapasiti dalam pengurusan aset INSPEN

Ab. Kalis @ Abdul, Surini (2020) Pembangunan kapasiti dalam pengurusan aset INSPEN. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.

[img]
Preview
PDF
556kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Pengurusan Aset (PA) merupakan proses sistematik dengan pelbagai perkara dilakukan terhadap aset – iaitu berkaitan dengan penggunaan aset bagi menyampaikan nilai dan mencapai objektif utama organisasi. Oleh itu setiap organisasi mempunyai dan menggunakan aset dalam menjalankan operasi dan fungsinya. Kajian ini dijalankan ke atas INSPEN yang merupakan Institut Latihan Awam (ILA) iaitu organisasi berasaskan pengajaran dan pembelajaran yang diwujudkan oleh sesuatu jabatan atau kementerian. Aset dan fasiliti di INSPEN adalah sokongan kepada fungsi dan peranannya. Kesemua aset di INSPEN diuruskan di bawah Unit Pengurusan Aset dengan tenaga kerja dua orang telah menyebabkan kesan tidak langsung kepada pengurusan yang tidak cekap dan masalah kepada aset yang diurus. Faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut adalah peracangan dan pengurusan organisasi termasuk perancangan strategi, polisi, proses kerja dan pengetahuan. Berdasarkan kepada faktor penghalang tersebut, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepada pembangunan kapasiti dan elemen dalam pembangunan kapasiti pengurusan aset INSPEN. Kajian ini dilaksanakan menggunakan dua kaedah, iaitu melalui kaedah pengedaran borang soal selidik dan kaedah temu bual pakar untuk pengesahan hasil. Data yang telah diperolehi dalam kajian ini dianalisis menggunakan teknik deskriptif, pengiraan frekuensi dan peratus. Hasil kajian mendapati bahawa faktor yang menyokong kepada pembangunan kapasiti adalah sumber manusia, pengetahuan, budaya organisasi, undang-undang, pemantauan, sumber kewangan, perancangan strategi, operasi, sokongan, polisi, sumber fizikal, teknologi dan penghargaan. Daripada faktor tersebut membentuk empat elemen yang diperlukan dalam pembangunan kapasiti iaitu kapasiti kepimpinan, kapasiti pengurusan, kapasiti teknikal dan kapasiti kebolehsuaian.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:INSPEN, Pengurusan Aset (PA), pembangunan kapasiti
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions:Built Environment
ID Code:98296
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:06 Dec 2022 07:33
Last Modified:06 Dec 2022 07:33

Repository Staff Only: item control page