Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Halangan utama isi rumah bagi mengasingkan sisa pepejal di punca

Mohammad Arshad, Nur Azqiah (2020) Halangan utama isi rumah bagi mengasingkan sisa pepejal di punca. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.

[img]
Preview
PDF
441kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Mulai daripada 1 September 2015, pihak kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melaksanakan program pengasingan sisa pepejal di punca yang diwajibkan di beberapa buah negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kedah, Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Putrajaya. Namun begitu, selepas setahun pelaksanaan program tersebut, penglibatan isi rumah masih di tahap yang mengecewakan. Oleh yang demikian, kajian ini menggariskan tiga objektif kajian iaitu; i) mengenal pasti halangan-halangan yang dihadapi oleh isi rumah di dalam program pengasingan sisa pepejal di punca; ii) mengkaji halangan utama isi rumah di dalam program tersebut; dan iii) mencadangkan strategi yang efisien bagi meningkatkan kadar pengasingan sisa pepejal di punca. Melalui pembacaan kajian-kajian terdahulu secara ekstensif, halangan-halangan yang dihadapi oleh isi rumah di dalam program pengasingan sisa di punca telah dikenal pasti dan dikelompokkan kepada lima tema utama iaitu kemudahan, sikap, pengetahuan, komitmen dan penguatkuasaan. Melalui halangan-halangan yang telah dikenal pasti tersebut, satu kaji selidik telah dijalankan di 30 buah taman perumahan di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang merangkumi rumah teres kategori kos rendah, sederhana dan tinggi bagi mendapatkan satu maklum balas yang berbeza-beza mengikut sosio demografi isi rumah. Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis menggunakan aplikasi ”Analytic Hierarchy Process”(AHP) bagi mengenal pasti halangan utama isi rumah dalam aktiviti pengasingan sisa pepejal di punca. Hasil kajian mendapati bahawa isi rumah yang tinggal di rumah teres kos rendah memilih komitmen kerana merasakan aktiviti pengasingan sisa pepejal di punca adalah membebankan. Manakala, isi rumah yang tinggal di rumah teres kos sederhana dan tinggi pula memilih kemudahan semasa proses kutipan. Cadangan strategi yang efisien diperolehi melalui temu bual dan dibahagikan kepada pihak isi rumah dan pengurusan. Cadangan strategi bagi pihak isi rumah adalah promosi, peringatan dan pendidikan komuniti yang berterusan, pendidikan awal di sekolah-sekolah, menambah frekuensi kutipan dan mempermudahkan kategori sisa kepada dua jenis sahaja. Manakala cadangan strategi bagi pihak pengurusan pula adalah melengkapkan kaki tangan yang terlibat dengan pengetahuan melalui seminar dan perjumpaan, memperkasakan pemantauan dan audit serta memperbanyakkan kerja usaha sama dengan vendor atau pembeli barangan kitar semula. Kesimpulannya, pelaksanaan program pengasingan sisa di punca ini hanya akan membuahkan hasil apabila masalah sebenar isi rumah di dalam mengasingkan sisa dikenal pasti. Kajian lanjutan perlu dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor peningkatan penglibatan isi rumah di kawasan yang mempunyai kadar pengasingan sisa di punca yang tinggi.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:pengasingan sisa pepejal, isi rumah, halangan
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions:Built Environment
ID Code:98294
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:04 Dec 2022 10:16
Last Modified:04 Dec 2022 10:16

Repository Staff Only: item control page