Ghazali, Khairil Akhtar (2021) Keberkesanan pembangunan Bandar Mesra Belia di Tanjong Malim, Perak. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.
|
PDF
369kB |
Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...
Abstract
Bandar Mesra Belia adalah merupakan satu cetusan idea Perdana Menteri pada tahun 2015 bagi mengawal migrasi belia dari luar bandar ke bandar-bandar besar. Ianya juga adalah merupakan salah satu daripada matlamat bagi membangunkan kawasan separa bandar yang dapat memenuhi aspirasi belia-belia tempatan dalam mendapatkan peluang pekerjaan, perumahan, rekreasi dan sosial. Namun masih belum banyak kajian yang dilaksanakan bagi melihat kepada keberkesanan pembangunan Bandar Mesra Belia ini. Satu-satunya Bandar Mesra Belia yang telah diwujudkan adalah di Tanjong Malim yang dilaksanakan sejak 2015 lagi. Walaupun banyak usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan, namun ianya masih lagi kurang mendapat perhatian berkaitan konsep pembangunan ini. Oleh itu, kajian ini mengkaji konsep pembangunan Bandar Mesra Belia yang dilaksanakan terhadap kawasan separa bandar dan melihat keberkesanan pembangunannya serta memberikan cadangan menambahbaik dari segi perlaksanaannya. Pengumpulan data primer diperoleh melalui kaedah temubual bersama 6 orang responden yang terdiri daripada seorang pegawai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, seorang pegawai dari PLANMalaysia, seorang Pegawai Daerah dan tiga orang dari Majlis Daerah Tanjong Malim yang terlibat secara langsung dalam Bandar Mesra Belia Tanjong Malim. Data-data yang dianalisis secara deskriptif dipersembahkan dalam bentuk jadual, rajah dan huraian. Secara ringkasnya, hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa masalah di dalam perlaksanaan Bandar Mesra Belia Tanjong Malim ini. Kaedah penyelesaian terhadap perkara ini adalah melalui cadangan penambahbaikkan bagi memastikan projek ini dapat diteruskan. Berdasarkan kepada penemuan ini, beberapa cadangan dikemukakan dan diharapkan kajian ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua pihak dalam memastikan kejayaan dalam pembangunan Bandar Mesra Belia ini.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Bandar Mesra Belia, pembangunan, penambahbaikkan |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) T Technology > TH Building construction |
Divisions: | Built Environment |
ID Code: | 98271 |
Deposited By: | Yanti Mohd Shah |
Deposited On: | 30 Nov 2022 04:54 |
Last Modified: | 30 Nov 2022 04:54 |
Repository Staff Only: item control page