Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Model berstruktur kompetensi bagi pengurus projek bangunan hijau di Malaysia

Lokman, Muhamad Amir Afiq (2019) Model berstruktur kompetensi bagi pengurus projek bangunan hijau di Malaysia. PhD thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Pembangunan lestari merupakan konsep pembangunan yang dipelopori 15 tahun lalu. Konsep ini menjadi semakin penting kerana pihak berkepentingan dalam industri pembinaan mula menyedari kesan bangunan ke atas peningkatan krisis alam sekitar serta sumbangannya kepada perubahan iklim. Untuk menangani krisis ini, konsep bangunan hijau diperkenalkan sebagai alternatif kepada pembinaan bangunan sedia ada. Bangunan hijau merupakan bangunan cekap sumber dengan kesan alam sekitar yang minimum dan dianggap baru dalam industri pembinaan. Oleh itu, pengurus projek yang kompeten adalah penting untuk menentukan kejayaan pembinaan bangunan hijau. Walau bagaimanapun, di Malaysia, terdapat jurang yang besar antara prestasi bangunan hijau di peringkat perancangan dengan prestasinya ketika siap dibina dan bersedia untuk beroperasi. Ini bermakna, bangunan hijau ini tidak dapat menangani isu kelestarian kerana bangunan-bangunan setelah siap tidak mencapai objektif pembinaannya. Berdasarkan kajian awal yang dijalankan, dapatan menunjukkan bahawa pengurus projek yang dilantik tidak mempunyai ilmu dan kemahiran sebenar mengenai pembinaan hijau. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menentukan kompetensi pengurus projek bangunan hijau di Malaysia dan untuk mengkaji hubungan antara kompetensi pengurus projek bangunan hijau dan Indeks Bangunan Hijau di Malaysia dalam memastikan pembinaan bangunan hijau berjaya. Kajian ini menggunakan dua kaedah yang terdiri daripada temubual dengan pakar bidang dan kaedah tinjauan di mana soal selidik diedarkan kepada 167 pengurus projek bangunan hijau yang telah disahkan oleh Indeks Bangunan Hijau Malaysia. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis kandungan, kekerapan dan Mean Rank serta SEM-PLS. Dapatan akhir kajian menunjukkan bahawa pengurus projek yang kompeten perlu memiliki 4 kompetensi iaitu pengetahuan tradisional, pengetahuan bangunan hijau, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konsepsual. Setiap kompetensi ini mempunyai sub-kompetensi masing-masing termasuk perancangan dan penjadualan, pengurusan kos, pengurusan risiko, pengurusan kesihatan dan keselamatan, pengurusan pihak berkepentingan, pengurusan bahan binaan hijau, pembinaan lestari, kecekapan air, pengetahuan alam sekitar, piawaian lestari, sasaran/objektif lestari, reka bentuk hijau/lestari, strategi hijau, keperluan hijau, mahir dengan produk lestari dan pasarannya, kerjasama, membuat keputusan, tingkah laku manusia, perancangan proaktif dan visualisasi. Kompetensi dan sub-kompetensi ini diperlukan bagi memastikan kejayaan pembinaan bangunan hijau di Malaysia. Dapatan kajian ini boleh dilihat sebagai sumbangan baru kepada bidang pengetahuan tentang kelestarian dengan menjadi asas dan rujukan kepada pihak akademik dan industri dalam memastikan industri pembinaan bangunan hijau kekal relevan dan mencapai pembangunan lestari.

Item Type:Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords:bangunan hijau, pembangunan lestari, Indeks Bangunan Hijau Malaysia
Subjects:T Technology > TH Building construction
Divisions:Built Environment
ID Code:98150
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:14 Nov 2022 10:25
Last Modified:14 Nov 2022 10:25

Repository Staff Only: item control page