Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Rangka kerja pemantapan budaya keselamatan di organisasi pembinaan perumahan teres

Ruslan, Muhammad Khairul (2019) Rangka kerja pemantapan budaya keselamatan di organisasi pembinaan perumahan teres. PhD thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Razak Faculty of Technology & Informatics.

[img]
Preview
PDF
504kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Budaya keselamatan telah mula diterapkan secara aktifnya sejak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mula diperkenalkan pada tahun 1994. Walau bagaimanapun, kemalangan di tempat kerja khususnya dalam industri pembinaan terus meningkat. Rekod menunjukkan bahawa kemalangan dan kecederaan di tempat kerja adalah disebabkan oleh sikap pekerja, amalan kerja atau tingkah laku dan budaya kerja. Objektif kajian ini adalah untuk 1) mengenal pasti elemen pemantapan budaya keselamatan di tapak bina; 2) mencadangkan amalan terbaik elemen pemantapan budaya keselamatan di tapak bina; 3) menentukan kaedah melaksanakan peningkatan keselamatan di tapak bina melalui sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OHSAS 18001:2007); dan 4) membangunkan rangka kerja pelaksanaan amalan terbaik untuk meningkatkan keselamatan di tapak bina dan budaya kesihatan melalui pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OHSAS 18001:2007). Kajian ini melibatkan enam buah perbandaran di bawah Sime Darby Property Berhad, iaitu perbandaran Nilai Impian, perbandaran Bandar Universiti Pagoh, perbandaran Taman Pasir Putih, perbandaran Bandar Ainsdale, perbandaran Planters’ Haven dan perbandaran Chemara. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa elemen terbaik bagi pemantapan budaya keselamatan adalah menerusi pelaksanaan secara aktif dasar perancangan dan polisi keselamatan dan kesihatan, komunikasi dan juga penghargaan dalam firma pembinaan di tapak bina. Amalan terbaik untuk elemen pemantapan budaya keselamatan adalah elemen perancangan yang terdiri daripada peranan dan komitmen pihak pengurusan, manakala elemen komunikasi merangkumi ketepatan dan keberkesanan komunikasi dan komitmen pekerja serta untuk memberi ganjaran. Amalan terbaik adalah memberi ganjaran kepada pekerja yang mencapai pencapaian yang tinggi. Kajian ini juga telah dapat membangunkan rangka kerja untuk pelaksanaan amalan terbaik pemantapan budaya keselamatan dan kesihatan melalui sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OHSAS 18001:2007) di tapak bina yang terdiri daripada 5 pembolehubah dan 13 subpembolehubah. Diharapkan kajian ini akan menjadi rujukan kepada pihak industri dalam mempromosikan dan memantapkan budaya keselamatan di firma pembinaan mereka serta di tapak pembinaan. Budaya keselamatan dapat dimantapkan melalui kesedaran kepada semua pihak yang merasakan keselamatan dan kesihatan adalah tanggungjawab kita bersama. Di samping itu, pelaksanaan dan pematuhan semua elemen OHSAS juga boleh menyumbang kepada peningkatan budaya keselamatan di tapak pembinaan.

Item Type:Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords:budaya keselamatan, budaya kesihatan, kesihatan pekerjaan, tapak bina
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Razak School of Engineering and Advanced Technology
ID Code:98041
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:10 Nov 2022 02:18
Last Modified:10 Nov 2022 02:18

Repository Staff Only: item control page