Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perspekif orientalisme tentang Islam di Borneo

Yaacob, Hashim Fauzy (2021) Perspekif orientalisme tentang Islam di Borneo. UMRAN - International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 8 (2). pp. 49-66. ISSN 2289-8204

[img]
Preview
PDF
247kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/umran2021.8n2.465

Abstract

Orientalis Barat yang menulis tentang Islam di Borneo boleh dibahagikan kepada dua kelompok iaitu pertama, pengembara, padri atau jurnalis seperti Horace St. John dan Snouck Hurgronje. Sebahagian daripada mereka boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu. Snouck Hogranje merupakan antara penulis yang berpengaruh sehingga menyumbang kepada pembentukan banyak polisi kerajaan Belanda di Indonesia. Kelompok kedua ialah daripada tokoh-tokoh imperialis yang terdiri daripada pentadbir atau pegawai kolonial seperti Stamford Raffles, Spenser St. John dan Hugh Low yang membuat polisi tetapi mereka juga kadang-kadang membuat catatan dan menulis buku-buku yang menjadi rujukan pengembara yang lain. James Brooke misalnya menjadikan karya Raffles sebagai panduan memahami sifat-sifat orang Melayu dan keadaan di Nusantara. Terdapat orientalis yang membuat penelitian dan penghuraian secara objektif mengenai masyarakat di Borneo. Begitu juga terdapat banyak penghuraian tentang pemerintahan, sistem sosio-budaya, tentang masyarakat Melayu-Islam dan tentang Islam itu sendiri dibuat secara yang tidak objektif, berat sebelah, prejudis, mempunyai sikap permusuhan dengan tujuan untuk memburuk-burukkan agama Islam dan penduduk peribumi. Antara perspektif yang paling menonjol tentang Islam di Borneo ialah penggunaan istilah ”mohammadenism” bagi merujuk kepada agama Islam. Konsep ini turut digunakan dalam persidangan-persidangan resmi kerajaan penjajah seperti ”Council Negeri” Sarawak. Bertolak daripada premis ini, tulisan ini akan mengupas pandangan bersifat orientalisme tentang Islam di Borneo berdasarkan sumber-sumber bersifat sejarah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:orientalis, Borneo, Islam, orang Melayu
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Management
ID Code:97808
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:02 Nov 2022 09:39
Last Modified:02 Nov 2022 09:39

Repository Staff Only: item control page