Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisis pewarisan pusaka menurut Islam dalam Filem Klasik, Tiga Abdul

Kamarudin, Mohd. Khairy and Kamarul Bahrain, Irda Rina (2021) Analisis pewarisan pusaka menurut Islam dalam Filem Klasik, Tiga Abdul. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 4 (3). pp. 178-198. ISSN 2600-9080

[img]
Preview
PDF
370kB

Official URL: https://bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/...

Abstract

Filem-filem Melayu telah memaparkan pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuklah berkaitan pewarisan harta pusaka. Oleh itu, kajian ini menganalisis konteks pewarisan harta pusaka dalam filem Tiga Abdul arahan Tan Sri P. Ramlee dan mengenal pasti kesahan kontrak-kontrak pewarisan ini menurut hukum Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan sosiologi sastera yang dicerakinkan dengan analisis kandungan kualitatif. Data kajian diperoleh melalui ujaran-ujaran yang berkaitan harta pusaka di dalam filem tersebut. Ujaran-ujaran ini dianalisis untuk mengenal pasti tema-tema yang dibincangkan. ‘Pengurusan harta pusaka’ dan ‘Perancangan harta pusaka’ didapati sebagai tema utama dalam filem ini. Pengurusan harta pusaka merujuk kepada tujuh subtema iaitu ‘Pengetahuan berkaitan pusaka’, ‘Tuduhan membolot harta’, ‘Wasi mempercepatkan urusan pusaka’, ‘Pembahagian yang tidak adil’, ‘Tuduhan menyebabkan kematian’, ‘Pertikaian kaedah pewarisan’ dan ‘Campur tangan pihak ketiga’. Ketujuh-tujuh tema tersebut dikenal pasti wujud selepas kematian pemilik harta. Manakala perancangan harta pusaka merangkumi ‘Galakan membuat perancangan pewarisan’, ‘Pelantikan wasi’ dan ‘Pemberian semasa hayat’. Subtema-subtema ini didapati ketika pemilik harta masih hidup dan merancang pembahagian pusaka selepas kematian. Kajian ini merupakan kajian awal terhadap elemen pewarisan yang diangkat sebagai salah satu tema dalam sesebuah filem. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu penulis skrip, pengarah dan penerbit filem untuk mengetengahkan teori dan isu pewarisan harta pusaka menurut Islam dalam kalangan masyarakat khususnya di Malaysia. Usaha ini dapat membantu memberikan maklumat benar kepada penonton mengenai kaedah pengurusan dan perancangan harta pusaka.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:harta pusaka Islam, filem Melayu Klasik, Tiga Abdul, pengurusan pusaka, perancangan pusaka
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:97804
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:02 Nov 2022 09:36
Last Modified:02 Nov 2022 09:36

Repository Staff Only: item control page