Muhamad Ali, Musa and Abu Hussin, Mohd. Fauzi and Md. Sawari, Siti Salwa (2021) Ekplorasi kajian literatur konsep usahawan Al-Falah menurut pandangan ahli sarjana. QALAM International Journal of Islamic and Humanities Research, 1 (1). pp. 107-118. ISSN 2773-6334
Full text not available from this repository.
Official URL: https://qalamjournal.com/index.php/home/article/vi...
Abstract
Kajian keusahawanan Islam dan kaitannya dengan kejayaan tidak banyak dilakukan oleh para cendekiawan Islam. Di dalam ‘review dan research agenda’ yang mengumpulkan kajian kesan keagamaan dan kerohanian terhadap aktiviti keusahawanan menunjukkan sebahagian besar kajian di pelopori oleh cendekiawan bukan Islam. Maka dengan itu terdapat kelopongan yang jelas dalam bidang ini. Tujuan artikel ini adalah menjelaskan konsep usahawan al- Falah dalam kalangan sarjana. Kajian ini berbentuk kajian literatur yang mana pengkaji menggunakan sumber-sumber sekunder daripada artikel, tesis dan juga wacana-wacana ilmiah bagi menjelaskan konsep-konsep yang mendukung usahawan Muslim Berjaya. Daripada hasil kajian literatur, pengkaji mendapati secara asasnya, usahawan Muslim berjaya dari perspektif muamalah Islam merupakan individu cemerlang bukan sahaja dalam aktiviti keusahawanan tetapi pada masa yang sama taat pada perintah agama. Dalam perspektif Islam, keseimbangan seseorang usahawan memperolehi kejayaan dunia dan pada masa yang sama memenuhi tuntutan agama dan syariat dikenali sebagai usahawan ‘al - Falah’. Dengan erti kata lain, konsep al - Falah adalah suatu pencapaian cemerlang mencakupi keseluruhan aspek kehidupan manusia meliputi kerohanian, kebendaan, moral dan sebagainya untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | perniagaan, muamalah, usahawan muslim, Al- Falah, ibadah |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > HB Economic Theory > HB615-715 Entrepreneurship. Risk and uncertainty. Property |
Divisions: | Islamic Civilisation |
ID Code: | 97416 |
Deposited By: | Yanti Mohd Shah |
Deposited On: | 10 Oct 2022 07:23 |
Last Modified: | 10 Oct 2022 07:23 |
Repository Staff Only: item control page