Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi penerimaan pelajar pascasiswazah UTM terhadap pendekatan Heutagogi dalam pembelajaran

Abedu Rashid, Norshakeerah and Mohamad Said, Mohd. Nihra Haruzuan and Abdullah, Zaleha (2021) Persepsi penerimaan pelajar pascasiswazah UTM terhadap pendekatan Heutagogi dalam pembelajaran. Innovative Teaching and Learning Journal, 5 (1). pp. 31-48. ISSN 2600-8572

[img]
Preview
PDF
726kB

Official URL: https://itlj.utm.my/index.php/itlj/article/view/63

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti persepsi penerimaan pelajar pascasiswazah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap pendekatan Heutagogi dalam pembelajaran. Pendekatan Heutagogi merupakan pendekatan yang menggalakkan pelajar memperoleh ilmu dengan sendiri. Terdapat tiga objektif kajian ini. Objektif pertama ialah untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar UTM terhadap elemen-elemen dalam pendekatan Heutagogi. Objektif kedua ialah pengkaji ingin mengenalpasti hubungan antara sikap pelajar UTM dengan persepsi penerimaan pelajar UTM terhadap pendekatan Heutagogi dalam pembelajaran. Manakala objektif ketiga kajian ini ialah untuk mengenal pasti hubungan antara kemudahan TMK pelajar UTM dengan persepsi penerimaan pelajar UTM terhadap pendekatan Heutagogi dalam pembelajaran. Rekabentuk kajian ini ialah kuantitatif dengan menggunakan kajian tinjauan sebagai kaedah kajian. Seramai 90 orang pelajar terdiri daripada pelajar Sarjana Teknologi Pendidikan dipilih sebagai responden kajian menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Seterusnya, pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dalam memperoleh data. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah deskriptif dan kolerasi Pearson semasa menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan responden terhadap elemen pendekatan Heutagogi dalam pembelajaran berada pada skala sangat kuat bagi elemen meneroka, mencipta, kolaborasi, perkongsian dan refleksi. Manakala tahap pengetahuan responden bagi elemen berhubung berada pada tahap kuat. Di samping itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar UTM dengan persepsi penerimaan pelajar UTM terhadap pendekatan Heutagogi dalam pembelajaran. Pengkaji juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kemudahan pelajar UTM dengan persepsi penerimaan pelajar UTM terhadap pendekatan Heutagogi dalam pembelajaran. Kesimpulannya, pengkaji dapati bahawa pelajar menerima baik pendekatan Heutagogi dalam pembelajaran mereka berdasarkan sikap yang ditonjolkan dan kemudahan TMK yang pelajar ada.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pendekatan Heutagogi, pascasiswazah, kemudahan TMK, sikap pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:Education
ID Code:97366
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:10 Oct 2022 03:54
Last Modified:10 Oct 2022 03:54

Repository Staff Only: item control page