Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengurusan pewartaan tanah rizab untuk kemudahan masyarakat di pihak berkuasa tempatan

Md. Jahid, Shamsul Amri (2020) Pengurusan pewartaan tanah rizab untuk kemudahan masyarakat di pihak berkuasa tempatan. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Pihak Berkuasa Tempatan merupakan kerajaan peringkat ketiga di bawah sistem pemerintahan tiga hieraiki di Malaysia. Peranan dan tanggungjawab utama PBT adalah mengurus kan hal ehwal masyarakat tempatan dan memberi perkhidmatan serta memenuhi keperluan awam dalam kawasan pentadbirannya. Bagi memenuhi tanggungjawab tersebut, peruntukan di bawah Akta 171 dibenarkan PBT memperolehi hasil sama ada melalui cukai, kadar, sewa, bayaran lesen, diu dan lain-lain wang atau caj dalam kawasan pentadbirannya bagi menampung keperluan kewangan PBT. PBT memerlukan sumber kewangan yang kukuh bagi menampung pelbagai kos yang terlibat bagi menyalurkan perkhidmatan meyediakan dan meyenggara kemudahan awam tersebut. Namun begitu, hasil yang diterima saban tahun semakin tidak mencukupi akibat dari trend peningkatan mengurus dan pelbagai faktor lain sehingga menjejaskan kewangan fiskal PBT. Menyedari hakikat tersebut, Kerajaan Persekutuan telah mengambil inisiatif dengan melancarkan pelan perancangan strategik pada tahun 2016 untuk dilaksanakan di seluruh PBT di Malaysia. Antara objektif utama pelan perancangan ini adalah untuk menjana sumber pendapatan baru melalui pembangunan tanah rizab di PBT seterusnya mengurangkan kepergantungan yang tinggi ke atas cukai. Namun begitu, strategi ini dilihat kurang berkesanannya dan masih ditahap rendah pelaksanaannya disebabkan ketidaksediaan tanah rizab tersebut dibangunkan. Kegagalan tanah rizab di PBT ini diwartakan dilihat antara punca utama penghalang kepada pembangunan tanah tersebut dilaksanakan. Maka kajian ini adalah bagi mencapai objektif untuk mengenalpasti proses kerja pewartaan tanah rizab bagi maksud kemudahan masyarakat yang dilaksanakan di PBT dan mengkaji isu dan masalah punca kegagalan pewartaan tanah rizab ini dilaksanakan sehingga tidak dapat menjana hasil pendapatan kepada PBT. Kaedah penyelidikan kualitatif digunakan dengan menemubual Sembilan responden di kalangan kakitangan di Majlis Perbandaran Kulai dan data diperolehi dianalisis untuk mendapatkan penemuan bagi mencapai objektif kajian. Kesimpulannya, dengan kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan tanah rizab di PBT khususnya melibatkan proses permohonan pewartaan oleh PBT, maka isu dan masalah ke atas ketidaksediaan tanah rizab di PBT ini untuk dibangunkan dapat diatasi seterusnya matlamat bagi menjana hasil kepada PBT dapat dicapai.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Pihak Berkuasa Tempatan, pelan perancangan strategik, Majlis Perbandaran Kulai
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G70.212-70.215 Geographic information system
Divisions:Built Environment
ID Code:96350
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:18 Jul 2022 09:55
Last Modified:18 Jul 2022 09:55

Repository Staff Only: item control page