Abd. Razzak, Monika @ Munirah and Ahmad, Khadher and Ab. Rahim, Nik Mohd. Zaim (2019) Penyalahgunaan ayat Al-Quran dan penyelewengan pusat pengubatan Islam di Malaysia. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 4 (2). pp. 429-448. ISSN 0217-9319
Full text not available from this repository.
Official URL: http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol4iss2pp429-448
Abstract
Mutakhir ini, banyak isu-isu berkaitan Islam mendominasi kehidupan masyarakat Malaysia. Masyarakat Muslim khasnya, sering berhadapan dengan pelbagai polemik dan persoalan-persoalan terutamanya perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan isu ekonomi, politik dan sosial. Antara isu hangat ialah isu sensitiviti agama yang berkaitan penyalahgunaan ayat al-Quran sebagai medium untuk melariskan jualan perkhidmatan dan produk. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan ayat-ayat al-Quran yang telah salah digunakan bagi kepentingan peribadi dalam kalangan pengamal pengubatan Islam di Malaysia. Melalui metode temu bual dan observasi, kajian ini dijalankan di zon utara dan zon timur Malaysia untuk mewakili sampel rawak kajian bagi Pusat Pengubatan Islam. Sebanyak 36 orang pengamal dan 45 orang pesakit dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang telah ditemu bual dan dijalankan observasi untuk mendapatkan data. Hasil kajian mendapati bahawa penyalahgunaan ayat-ayat al-Quran dalam kalangan pengamal pengubatan Islam di Malaysia berlaku dalam empat aspek. Pertama, ayat al-Quran yang digabungkan dengan jampi serapah yang tidak difahami sehingga bercampur aduk dan mengelirukan. Kedua, ayat al-Quran yang dibacakan secara terbalik (iaitu bacaan bermula dari belakang ke pangkal ayat) yang juga dijadikan sebagai bacaan ruqyah atau jampi kepada pesakit. Ketiga, al-Quran atau ayatnya dijadikan sebagai azimat yang digunakan sebagai tangkal untuk menolak bala; dan keempat naskhah al-Quran atau sebahagian helaiannya dijadikan sebagai bahan untuk berdamping dengan makhluk halus. Tegasnya, dapatan membuktikan wujudnya sebahagian para pengamal menyalahgunakan ayat al-Quran dalam amalan pengubatan mereka. Justeru dengan menjelaskan fungsi al-Quran secara tepat kepada masyarakat dan pemantauan terhadap pusat perubatan Islam oleh pihak berkuasa, diharapkan penyalahgunaan ayat Quran tidak akan berlaku lagi.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Al-Quran, Malaysia |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Islamic Civilisation |
ID Code: | 89554 |
Deposited By: | Widya Wahid |
Deposited On: | 22 Feb 2021 01:47 |
Last Modified: | 23 Feb 2021 02:55 |
Repository Staff Only: item control page