Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaruh personaliti terhadap kepuasan kerja dan stres kerja guru

Mohd. Kosnin, Azlina and Tan, Sew Lee (2008) Pengaruh personaliti terhadap kepuasan kerja dan stres kerja guru. Jurnal Teknologi (48E). pp. 33-47. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
84kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/48/E/JT48...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tret personaliti guru dan sama ada wujud pengaruh personaliti terhadap kepuasan kerja dan stres kerja guru. Di samping itu, kajian juga dijalankan untuk menentukan tahap kepuasan dan stres kerja guru serta hubungan antara dua pemboleh ubah ini. Seramai 255 orang guru dari 10 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Johor Bahru dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif. Data dikumpul menerusi soal selidik yang diterjemahkan daripada The Big Five Inventory (BFI), Job Descriptive Index ( JDI) dan Adminstrative Stress Indeks (ASI). Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen JDI dan ASI ialah 0.91 dan 0.84. Manakala darjah kebolehpercayaan instrumen BFI ialah antara 0.73 hingga 0.80. Para guru menyatakan bahawa tahap kepuasan kerja dan stres kerja guru secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan negatif yang signifikan antara kepuasan kerja dan stres kerja guru. Hubungan yang signifikan didapati antara dimensi-dimensi personaliti t dengan kepuasan kerja dan juga stres kerja. Implikasi kajian turut dicadangkan dalam artikel ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Personaliti; kepuasan kerja; stres kerja; guru; agreeableness; openness, conscientiousness,extraversion; neuroticism
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
Divisions:Education
ID Code:8741
Deposited By: Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:08 May 2009 08:53
Last Modified:15 Feb 2017 07:45

Repository Staff Only: item control page