Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penerapan konsep ikhlas dalam menyantuni anak istimewa (autisme)

Bujang, Nor Afizah and Jima’ain @ Ajmain, Muhammad Talhah and Saari, Zilal (2020) Penerapan konsep ikhlas dalam menyantuni anak istimewa (autisme). UMRAN-International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 6 (3-2). pp. 79-88. ISSN 2289-8204

Full text not available from this repository.

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/umran2020.6n3-2.423

Abstract

World Health Organization (WHO) pada tahun 2017 mendedahkan satu dalam kalangan 160 orang kanak-kanak mengalami autisme di dunia dan prevalensnya meningkat secara global. Perangkaan ini jelas menunjukkan ramai ibu bapa di luar sana yang bergelut dengan cabaran hebat dalam membesarkan dan mendidik anak-anak istimewa ini. Mereka turut menghadapi tekanan yang tinggi berbanding ibu bapa yang mempunyai anak yang normal dan anak dengan ketidakupayaan yang lain seperti down syndrome. Objektif kajian ini untuk meneliti mekanisma alternatif bagi membantu ibu bapa menghadapi kenyataan dalam menerima kehadiran anak autisme ini. Kajian ini melibatkan metodologi secara analisis kajian kepustakaan, iaitu kajian komprehensif terhadap pelbagai penulisan dan kajian berkenaan autisme dianalisis untuk mendapatkan alternatif yang perlu diterapkan dalam menyantuni anak istimewa ini. Dapatan daripada analisis tersebut mendapati konsep ilmu, kasih sayang, harapan, latihan, amanah dan sokongan (IKHLAS) perlu diterapkan dalam diri setiap ibu bapa yang mempunya anak istimewa supaya anak-anak tersebut mendapat ruang dan peluang yang sepatutnya dan tidak terus dipinggirkan oleh masyarakat. Diharapkan penulisan ini boleh dijadikan sedikit input kepada ibu bapa dan pihak yang berkaitan agar melaksanakan konsep IKHLAS dalam rangka usaha mendidik dan menjaga mereka.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:autisme, mekanisme alternatif, konsep IKHLAS
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:87278
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:31 Oct 2020 12:29
Last Modified:31 Oct 2020 12:29

Repository Staff Only: item control page