Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan diagnosis dalam perubatan melayu berdasarkan kitab tib

Mat Salleh, Fairuzah and Saari, Zilal and Abdul Rahman, Nur Najwa Hanani and Mustafa, Norhissam (2020) Amalan diagnosis dalam perubatan melayu berdasarkan kitab tib. UMRAN - International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 6 (3-2). pp. 1-11. ISSN 2289-8204

[img]
Preview
PDF
378kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/umran2020.6n3-2.417

Abstract

Artikel ini akan mengetengahkan amalan-amalan yang dilakukan dalam perubatan Melayu bagi mendiagnos sesuatu penyakit yang dihadapi oleh seseorang pesakit berdasarkan maklumat yang terkandung dalam kitab tib. Kajian ini akan memfokuskan kepada enam buah kitab tib yang telah ditransliterasikan kepada tulisan rumi. Seterusnya, kitab-kitab ini akan dianalisa bagi menentukan amalan mendiagnos yang dikemukakan dan distrukturkan semula maklumatnya berdasarkan kategori dan justifiksi tertentu. Tujuan utama adalah untuk menganalisa kandungan kitab tib berdasarkan kepada tiga kriteria iaitu (i) amalan diagnosis yang digunakan di dalam setiap kitab tib tersebut,(ii) unsur-unsur yang mempengaruhi diagnosis berdasarkan setiap kitab tib tersebut, (iii) kaedah diagnosis utama yang diutarakan berdasarkan setiap kitab tib tersebut. Hasil daripada kajian ini mendapati amalan diagnosis di dalam perubatan Melayu berdasarkan kitab-kitab tib ini menekankan tentang mengenalpasti ketidakseimbangan antara empat unsur utama tubuh iaitu angin, api, air dan tanah. Keempat-empat unsur ini akan mempengaruhi keadaan bendalir di dalam badan dan seterusnya mempengaruhi hasil diagnosis. Sehubungan ini, ia dapat membantu menentukan rawatan yang sesuai untuk diberikan kepada pesakit, namun turut perlu kepada maklumat analisa bersifat semasa bagi menghasilkan keputusan rawatan yang lebih tepat.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Diagnosis, perubatan Melayu, kitab tib, analisa kandungan
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:87225
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:31 Oct 2020 12:30
Last Modified:31 Oct 2020 12:30

Repository Staff Only: item control page