Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Elemen latihan guru menurut al-quran dan sunnah mendominasi peningkatan prestasi kerja guru dalam organisasi pendidikan

Mohamad, Ahmad Marzuki and Elias, Zety Azlin (2018) Elemen latihan guru menurut al-quran dan sunnah mendominasi peningkatan prestasi kerja guru dalam organisasi pendidikan. In: The 5th International Conference on Research in Islamic Education & Arabic Language, 24 January 2018 through 26 January 2018, Brunei.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membina kerangka latihan guru yang berasaskan al-Quran dan Sunnah serta meninjau elemen yang boleh membawa kepada peningkatan prestasi kerja Guru Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKNJ). Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan 154 responden dalam kalangan guru dari dua buah daerah iaitu Daerah Kota Tinggi dan Kulai yang mewakili keseluruhan populasi guru agama yang berkhidmat di negeri Johor. Dapatan analisis statistik yang dibuat menggunakan Statistical Package for The Social Science (SPSS) 22.0 menunjukan elemen kesesuaian kerja, keupayaan, keperluan kerja, budaya organisasi dan komitmen yang terbina dari teori dan model yang diketengahkan berserta al-Quran dan sunah , dilihat sebagai mendominasi latihan guru dalam organisasi pendidikan. Manakala peningkatan prestasi kerja guru terdorong melalui motivasi, kecekapan, kewibawaan, disiplin dan kompetensi. Hasil kajian menunjukan pada nilai Alpha Cronbach yang tinggi 0.930 bagi elemen prestasi kerja guru sebagai impak utama kerangka latihan guru. Secara keseluruhan, dapatan analisis menunjukan pengaplikasian latihan yang diterima oleh guru amat penting dilaksanakan sebagai dorongan kepada peningkatan prestasi kerja guru terutama dalam institusi pendidikan. Kerangka latihan guru diharap dapat diaplikasikan, dilaksanakan dan dijadikan panduan sepenuhnya dalam arena pendidikan bagi memartabatkan latihan dan disiplin Islam dalam pendidikan sebagaimana teladan sunah Rasulullah SAW seiring dengan kemajuan pendidikan terkini serta mendapat keredhaan Allah SWT.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kerangka latihan guru, prestasi
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:83928
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:30 Sep 2019 13:55
Last Modified:18 Nov 2019 03:54

Repository Staff Only: item control page