Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan konsep reka bentuk prototaip kereta Formula-M

Ishak, Idris and Abu Hassan, Shukur (1997) Pembangunan konsep reka bentuk prototaip kereta Formula-M. Jurnal Mekanikal, 1 (3). pp. 17-35. ISSN 0127-3396

[img]
Preview
PDF
6Mb

Official URL: http://portal.psz.utm.my/psz/index.php?option=com_...

Abstract

Dengan pesatnya perkembangan industri automotif di Malaysia, keperluan terhadap R&D dalam bidnag perlumbaan motor/kereta Formula menjadi lebih penting. Ini kerana peningkatan teknologi melalui R&D akan meningkatkan lagi daya saing kepada industri automotif tempatan. Sebagai menyahut cabaran ini, UTM telah memulakan langkah pertamanya dengan menghasilkan sebuah prototaip kereta lumba Formula 3. Pembangunan idea konsep untuk reka bentuk dan fabrikasi prototaip tersebut telah dicetuskan oleh sekumpulan pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Reka bentuk kereta lumba ini telah dibuat berdasarkan kepada piawaian dan peraturan Formula 3 dengan enerapkan nilai sukan dan komersial. Projek yang hanya menelan belanja RM40000 ini telah disiapkan dan diuji pandu kemampuannya pada bulan September 1996 di litar lumba Pasir Gudang. Prototaip kereta lumba ini juga dikenali sebagai Formula-M (Formula Malaysia). Kejayaan menghasilkan prototaip pertama Formula-M ini juga telah membuka ruang penerokaan terhadap kajian-kajian teknikal yang lebih menyeluruh dan terperinci dalam reka bentuk dan pengeluaran kereta lembu di Malaysia.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:automobile, R&D research, car racing
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
N Fine Arts > NC Drawing Design Illustration
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:8333
Deposited By: Ms Zalinda Shuratman
Deposited On:23 Apr 2009 06:24
Last Modified:02 Jun 2010 01:54

Repository Staff Only: item control page