Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pemerkasaan Pendidikan Islam masa hadapan di Johor - satu penilaian sejarah

Jasmi, Kamarul Azmi Jasmi (2018) Pemerkasaan Pendidikan Islam masa hadapan di Johor - satu penilaian sejarah. Jurnal Penyelidikan Jabatan Agama Johor, E.K . pp. 43-54. ISSN 2600-9013

Full text not available from this repository.

Abstract

Sejarah membuktikan bahawa Kerajaan Johor merupakan antara negeri yang menempatkan Pendidikan Islam pada landasan yang sangat baik kepada pembentukan modal insan rakyat sejak dari abad yang ke 19 lagi. Usaha memajukan pendidikan Islam ini terbukti mampu memberikan kesepaduan ilmu kepada masyarakat Islam Johor sejak dibangunkan sehingga kini. Kedinamikan Pendidikan Islam yang berakar umbi dari sejarah Johor ini kini diteruskan dengan langkah yang lebih pantas dan tersusun serta alternatif yang lebih pelbagai pada masa kini. Selain itu, keperluan yang lebih tinggi selaras dengan perkembangan Pendidikan Islam yang pesat di Malaysia, maka pelbagai alternatij'Pendidikan Islam boleh dikaji dan diperkenalkan untuk memperkukuh dan memperkasakan lagi Tamadun Johor pada masa hadapan. Kertas kerja ini cuba mengupas secara ringkas sejarah perkembangan Pendidikan Islam di Johor, langkah pembaharuan yang dijalankan dalam sistem Pendidikan Islam kini dan cadangan rancangan Pendidikan Islam bagi memperkasakan lagi bidang ini untuk rakyat Johor pada masa hadapan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pendidikan Islam, pembaharuan dalam Pendidikan Islam, dan Pendidikan Islam alternatif
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:81995
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:30 Sep 2019 09:00
Last Modified:10 Oct 2019 03:37

Repository Staff Only: item control page