Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Corak gaya kognitif dan tahap penguasaan konsep daya newtonian di kalangan pelajar tingkatan enam rendah: satu kajian rintis

Sulaiman, Seth and Low, Fee Ngoo (2008) Corak gaya kognitif dan tahap penguasaan konsep daya newtonian di kalangan pelajar tingkatan enam rendah: satu kajian rintis. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik 2008, 11 - 12 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
193kB

Official URL: http://www.ppsmj.com.my/seminar2008/html/kertasker...

Abstract

Gaya kognitif field independent dan field dependent bukannya istilah yang baru dalam bidang pendidikan dan telah dikaji melebihi 30 tahun. Satu kajian bertujuan meninjau corak gaya kognitif dan tahap penguasaan konsep daya newtonian telah dijalankan. Subjek kajian terdiri daripada 46 orang pelajar tingkatan enam rendah (perempuan = 25, lelaki = 21) di Batu Pahat. Dua set soal selidik iaitu Force Concept Inventory (FCI) yang mengandungi 30 item dan Group Embedded Figures Test (GEFT) yang terdiri daripada 25 item masing-masing ditadbirkan untuk mengkaji tahap penguasaan konsep newtonian serta gaya kognitif pelajar. Perbezaan antara gaya kognitif dan penguasaan konsep daya newtonian dengan jantina juga ditentukan. Salah konsep yang masih ada pada pelajar yang telah menguasai konsep daya juga dinyatakan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Gaya kognitif, daya newtonian
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7668
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:13 Jan 2009 14:45
Last Modified:20 Oct 2017 02:28

Repository Staff Only: item control page