Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Model kepimpinan syura menurut al Quran dan al Sunnah yang mendominasi kepimpinan organisasi pendidikan

Abd. Hamid, Suhana and Mohamad, Ahmad Marzuki and Azahar, Zairus Norsiah and Elias, Zety Azlin and Mohd. Zain, Siti Khadijah (2016) Model kepimpinan syura menurut al Quran dan al Sunnah yang mendominasi kepimpinan organisasi pendidikan. In: International Conference on Islamic Education and Research (ICER2006), 05-06 Dec, 2016, Langkawi, Kedah, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.utm.my/icier2016/

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membina model kepimpinan syura berasaskan ayat al-Quran dan Sunah serta meninjau dorongan komitmen kerja menurut dimensi identifikasi, penglibatan dan kesetiaan dalam mewujudkan kepimpinan organisasi pendidikan yang mapan. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan 200 responden dalam kalangan guru dari 23 buah sekolah agama bergred A di daerah Johor Bahru. Dapatan analisis statistik yang dibuat mengunakan Statistical Package for The Social Science (SPSS) 22.0 menunjukkan elemen keterbukaan, kesepakatan, kepercayaan, amanah, dan nasihat terbina dari ayat al-Quran dan sunah yang mendominasi kepimpinan organisasi pendidikan. Manakala komitmen kerja terdorong melalui dimensi identifikasi, penglibatan dan kesetiaan. Hasil kajian menunjukkan pada nilai Alpha Cronbach yang tinggi 0.932 bagi elemen komitmen kerja tanggungjawab, kerjasama, disiplin, kompetensi, dan hubungan organisasi sebagai impak utama model 419 kepimpinan syura. Secara keseluruhan, dapatan analisis menunjukkan amalan syura amat penting dilaksanakan sebagai dorongan peningkatan komitmen kerja guru terutama dalam institusi pendidikan. Model kepimpinan syura diharap dapat diaplikasikan sepenuhnya dalam arena pendidikan bagi mengungguli kepimpinan Islam menurut teladan sunnah Rasulullah SAW seiring kemajuan dan peradaban dunia yang diredai Allah SWT.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information:RADIS System Ref No:PB/2016/09399
Uncontrolled Keywords:dimensions, work commitments
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:67016
Deposited By: Siti Nor Hashidah Zakaria
Deposited On:20 Jul 2017 04:06
Last Modified:20 Jul 2017 04:06

Repository Staff Only: item control page