Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perhubungan di antara teknik pernafasan yang efisien dengan konsentrasi dalam latihan memanah di kalangan atlet memanah Johor ke kejohanan SUKMA 2008 di Terengganu

Omar, Abdul Hafidz and Mat Dari, Daliya (2008) Perhubungan di antara teknik pernafasan yang efisien dengan konsentrasi dalam latihan memanah di kalangan atlet memanah Johor ke kejohanan SUKMA 2008 di Terengganu. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui teknik pernafasan yang efisien dalam sukan memanah dan hubungkait teknik pernafasan yang dicadangkan dengan konsentrasi mereka. Pernafasan yang baik dalam memanah dalam menyumbang kepada konsentrasi dan tumpuan atlet semasa membuat panahan ke target (Mc. Kinney,1997). Corola H. Speads (2006) pula menyatakan pernafasan yang efisien adalah faktor utama kepada kemampuan seseorang atlet memanah untuk lebih fokus dan konsentrasi. Kajian ini dijalankan ke atas 5 orang pemanah elit negeri yang akan mewakili negeri ke pertandingan SUKMA 2008 di Terengganu. Sampel terdiri daripada 3 pemanah lelaki dan 2 pemanah wanita yang dipilih berdasarkan kelayakan mereka sebagai atlet negeri. Kajian dijalankan selama 6 minggu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Biopax Student Lab MP30 (Pulmonary Function 1) untuk mengukur lung capacity dan blind shoot untuk mengukur konsentasi. Ujian pre dilakukan sebelum menjalani latihan pernafasan (latihan pernafasan “1424”(Kim,1984)) dan konsentrasi (blind shoot(Kim, 1984)). Kemudian, sampel diberikan latihan pernafasan “1424” dan latihan blind shoot selama 6 minggu. Selepas 6 minggu, ujian pos dilakukan. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science) dan Microsoft Excell 2007. Jangkaan awal keputusan mendapati bahawa latihan pernafasan “1424” selama 6 minggu menunjukkan kesan yang signifikan kepada peningkatan konsentrasi atlet memanah. Teknik kawalan pernafasan yang baik dapat membantu atlet untuk lebih fokus dalam apa jua keadaan sekalipun.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:teknik pernafasan, latihan memanah, atlet, memanah, SUKMA 2008
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Q Science > QP Physiology
Divisions:Education
ID Code:6354
Deposited By: En. Syahrul Ridhwan Morazuki
Deposited On:07 Sep 2008 07:13
Last Modified:11 Sep 2017 04:48

Repository Staff Only: item control page