Omar, Abdul Hafidz and Tokiman, Mohd. Sufian (2008) Pemantauan prestasi konsentrasi mental atlet lawan pedang SUKMA melalui latihan grid konsentrasi dan latihan imageri. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.
Full text not available from this repository.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menguji peningkatan aras konsentrasi mental atlet lawan pedang SUKMA sesebuah negeri melalui latihan imageri yang diberikan.Subjek terdiri daripada atlet lawan pedang pasukan negeri tersebut yang berumur antara 16 tahun hingga 21 tahun.Seramai 8 orang atlet telah dijadikan subjek.Kajian ini mengkaji bagaimana atlet mampu meningkatkan aras konsentrasi mereka apabila mereka mengamalkan latihan grid konsentrasi dan imageri mental yang diberikan.Pada permulaan,subjek akan menjalani ujian pre untuk melihat sejauh mana tahap konsentrasi atlet tersebut.Ujian yang digunakan untuk menguji tahap konsentrasi mereka adalah ujian dirian bangau.Ujian dirian bangau amat berkesan untuk menguji sejauh mana tahap kosentrasi atlet selain dari melihan keseimbangan dimana apabila mereka tidak dapat mengawal konsentrasi,mereka tidak akan dapat megimbangkan badan dengan baik dan bertahan lama.Setelah membuat pre-ujian,atlet diberikan latihan selama 4 minggu,latihan pada minggu pertama adalah latihan grid konsentrasi (harris&harris,1989),Manakala pada minggu ke 2 hingga minggu ke 4 atlet akan menjalani latihan imageri yang diaplikasikan dari latihan imageri Visual Motor Behavior Rehearsal yang telah direka oleh Richard M.Suinn, (1980).Selepas itu,ujian post dibuat untuk mengukur sama ada berlaku peningkatan atau tidak.Perbezaan tahap konsentrasi atlet tersebut akan diukur melalui ujian t-test.Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap konsentrasi atlet sebelum dan selepas latihan imageri ini dijalankan, F (1.20)=95.206,p=0.0001.Kesimpulan daripada dapatan kajian menjurus kearah keberkesanan penggunaan latihan grid konsentrasi dan imageri mental dalam meningkatkan tahap konsentrasi atlet lawan pedang SUKMA negeri tersebut.Dapatan juga menunjukkan bahawa latihan ini dapat meningkatkan prestasi kemahiran lakuan motor.Hasil kajian mencadangkan,atlit yang menjalani latihan ini mampu memberi tumpuan pada permainan mereka lebih baik daripada mereka yang tidak menjalani latihan ini.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | konsentrasi mental, atlet lawan pedang, SUKMA, latihan grid konsentrasi, latihan imageri |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology |
Divisions: | Education |
ID Code: | 6353 |
Deposited By: | Syahrul Ridhwan Morazuki |
Deposited On: | 07 Sep 2008 07:09 |
Last Modified: | 11 Sep 2017 04:49 |
Repository Staff Only: item control page