Mohd. Hamzah, Mohd. Izham and Attan, Noraini (2007) Tahap kesediaan guru sains dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Teknologi F: Alam Sekitar dan Teknologi Proses (46E). pp. 45-60. ISSN 0127-9696
|
PDF
- Published Version
106kB |
Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/46/E/JT46...
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan dan sikap terhadap penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran sains di dalam bilik darjah. Satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian digunakan sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada 223 orang guru yang mengajar sains di 22 buah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terdapat di Daerah Hulu Langat, Selangor. Data yang diperolehi telah dijalankan penganalisisan dengan bantuan perisian komputer melalui program SPSS Version 7.5. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi, skor min dan peratusan, manakala statistik inferensi melibatkan ujian–t pada tahap kesignifikanan p < 0.05. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor jantina tidak mempengaruhi tahap kesediaan guru dari semua aspek yang dikaji. Secara keseluruhannya tahap kesediaan penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer bagi guru–guru sains ini adalah sederhana. Tahap kesediaan dari aspek pengetahuan dan sikap pula, didapati tiada perbezaan yang signifikan di antara guru dari kumpulan perkhidmatan siswazah dan bukan siswazah.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Teacher preparedness, information technology, teaching and learning process, science, teachers knowledge and attitude |
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education |
Divisions: | Education |
ID Code: | 6286 |
Deposited By: | Assoc. Prof. Zaleha Ismail |
Deposited On: | 28 Aug 2008 12:39 |
Last Modified: | 01 Nov 2017 04:17 |
Repository Staff Only: item control page