Marni, Nurazmallail (2014) Sumbangan ilmuwan Islam dalam perubatan nabi (Al-Tibb Al-Nabawiyy). In: International Seminar on Islamic Law,Economy, Education, and Science Issues, 26 Nov, 2014, Skudai, Johor.
|
PDF
1MB |
Abstract
Perubatan tradisionalIslamyang dikenali sebagai perubatan Nabi (al-Tibb al-Nabawiyy) adalah sebahagian daripada khazanah kecemerlangan tamadun Islam dan sumbangannya kepada dunia. Usaha gigih ilmuwan Islam dalam mengembangkan perbahasan mengenai perubatan Nabi adalah kesinambungandaripada usaha muhaddithin yang lebih tertumpu kepada mewujudkan kompilasi hadis-hadis berkaitan dengan perubatan. Artikel ini membincangkan tentang sumbangan ilmuwan Islam yang mengarang kitab khusus berkaitan perubatan Nabi yang berlangsung dalam tempoh yang panjang dan saling berkesinambungan. Metodologi kajian ini berasaskan kajian terhadap bahan-bahan ilmiah khususnya buku dan kajian-kajian yang berkaitan dengan kitab-kitab yang menggunakanjudul al-Tibb al-Nabawiyy secara khusus. Fenomena ini merupakan usaha ilmuwan Islam untuk mengembalikan umat Islam merujuk dan berpegang dengan panduan Nabi Muhammad SAW dalam aspek kesihatan dan rawatan penyakit. Diharapkan penulisan ini dapat menonjolkan kecemerlangan tamadun Islam dan sumbangan para pengarang kitab al-Tibb al-Nabawiyy dalam memperkenalkan masyarakat dunia kepada perubatan Nabi yang merupakan uiarisan penting bagi umat Islam dalam mencapai kesibatan dan kesejahteraan dengan berpandukan hadis Nabi SAW dan ilmu hikmah para ilmuwan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Islamic scholars, al-Tibb alNabawiyy |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | Islamic Civilisation |
ID Code: | 61254 |
Deposited By: | Fazli Masari |
Deposited On: | 22 Mar 2017 01:22 |
Last Modified: | 22 Mar 2017 01:22 |
Repository Staff Only: item control page