Md. Isa, Zaidi and Omar, Mohd. Hanafiah (2006) Perancangan, kekangan dan cabaran: suatu perspektif Pusat Pembangunan Mahasiswa UKM. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)
|
PDF (Full text)
29kB |
Abstract
Kecemerlangan mahasiswa tidak hanya diukur dari segi pencapaian akademik semata-mata. Sebaliknya kecemerlangan mahasiswa perlu dilihat dalam perspektif yang seimbang dan menyeluruh sesuai dengan matlamat dan prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mahasiswa perlu diberikan peluang dan pendedahan yang sesuai untuk mengembangkan potensi diri terutama dari segi kepimpinan dan pembinaan sahsiah serta personaliti positif sebagai langkah melahirkan bakal-bakal siswazah yang berkualiti, berketerampilan dan berdaya saing. Untuk mencapai hasrat murni ini, UKM menerusi Pusat Pembangunan Mahasiswa telah, sedang dan akan merancang, mengurus, menyelaras serta memantau beberapa program pembangunan mahasiswa untuk memberikan nilai tambah [ added value ] dalam konteks memperkasa keupayaan modal insan. Mahasiswa dan siswazah yang berkualiti, berketerampilan dan berdaya saing merupakan pewaris kepada kepimpinan masyarakat dan negara pada masa depan. Ternyata usaha-usaha ini memerlukan persefahaman, sokongan dan kerjasama pelbagai pihak sama ada dalam mahupun di luar Universiti.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kecemerlangan; mahasiswa |
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education |
ID Code: | 594 |
Deposited By: | Khairulbahiyah Yaakub |
Deposited On: | 16 Feb 2007 08:33 |
Last Modified: | 23 Aug 2017 06:22 |
Repository Staff Only: item control page