Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kebimbangan dari perspektif psikologi Islam dan cara mengatasinya berdasarkan Surah Al-Ma’arij

Masroom, Mohd. Nasir and Muhamad, Siti Norlina and Abd. Rahman, Siti Aisyah (2015) Kebimbangan dari perspektif psikologi Islam dan cara mengatasinya berdasarkan Surah Al-Ma’arij. Sains Humanika, 5 (1). pp. 61-67. ISSN 2289-6996

[img]
Preview
PDF (Full Text)
651kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/sh.v5n1.367

Abstract

Kebimbangan atau anxiety merupakan salah satu penyakit daripada penyakit mental. Definisi kebimbangan banyak telah dikemukakan oleh para sarjana. Namun demikian, kebanyakan takrifan dan ciri-ciri yang dibincangkan adalah berdasarkan teori-teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh psikologi Barat. Kertas kerja ini cuba meninjau definisi kebimbangan dan cara mengatasinya berdasarkan Surah Al-Maarij. Kaedah yang digunakan ialah dengan menganalisis kandungan Surah Al-Maarij ayat 19 hingga 35 dengan membuat rujukan kepada beberapa buah kitab tafsir. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat terdapat lapan sifat yang perlu dimiliki oleh setiap individu agar terhindar dari penyakit kebimbangan atau keluh kesah iaitu (1) tetap mengerjakan solat, (2) menunaikan hak harta dengan sedekah dan zakat, (3) percaya kepada hari akhirat dengan mengerjakan amal-amal soleh, (4) takut kepada azab Allah SWT dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT, (5) menjaga kehormatan diri daripada melakukan zina, (6) menjaga amanah dan janji, (7) menjadi saksi yang adil, dan (8) sentiasa memelihara solat

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:anxiety in Islam, anxiety treatment
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:56036
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:15 Nov 2016 08:45
Last Modified:15 Nov 2016 08:45

Repository Staff Only: item control page