Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kaitan antara pencapaian pelajar dalam Kursus Kenegaraan malaysia dengan faktor demografi

Rambely, Nor Azlah Sham (2006) Kaitan antara pencapaian pelajar dalam Kursus Kenegaraan malaysia dengan faktor demografi. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Full text)
69kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara faktor jantina, bangsa, bidang pengajian dan pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah semasa SPM dengan pencapaian pelajar dalam kursus Kenegaraan Malaysia. Kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan (survey) dengan menggunakan instrumen soal-selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor jantina, etnik, dan bidang pengajian dengan pencapaian kursus Kenegaraan Malaysia, walaubagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan mengikut faktor pencapaian mata pelajaran Sejarah semasa SPM. Dapatan ini menunjukkan bahawa pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah semasa SPM dapat membantu pelajar mengikuti dan memahami kursus Kenegaraan Malaysia yang diajar. Ini menunjukkan bahawa pendedahan dan pengetahuan asas di dalam subjek Sejarah telah memberi kesan positif kepada pencapaian pelajar dalam subjek Kenegaraan Malaysia di peringkat yang lebih tinggi lagi.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kursus Kenegaraan Malaysia; ilmu sejarah; pencapaian akademik pelajar
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Education
ID Code:559
Deposited By: Khairulbahiyah Yaakub
Deposited On:16 Feb 2007 08:12
Last Modified:23 Aug 2017 06:42

Repository Staff Only: item control page